Tuesday, April 19, 2011

:: Berangan ::

salam,

korang pernah berangan.. he3 tipu la kalau tak pernah kan?? kn?? kn??? he3 ain ni salah sorang yang suke berangan nak2 sebelom tidoq,,... hmm berangan pasal apa ek...?? macam2 berangan nak kerja yang besa2, kreta besar.. ada umah sendiri... ada kehidupan yang sempurnalah orang kata... paling gemar berangan dapat BF artis,... hahaha paling tak logik bukan artis malaysia tapi artis Korea... hahahahaha macam maj jenin da... he3....

ok2 for girls out there korang mesti ada artis pujaan hati korang kan... kalau kat Malaysia ni antara jejaka idaman hati anak gadis nih antaranya....



Ni la dia antara2 jejaka idaman malaya... he3 sebenarnya ramai.. tapi ni yang ain minat la.... Asyraff muslim, aaron aziz, shamsul yusof, zizan raja lawak, adi putra, zul huzaimy dan bintang paling popular 2010 shaheizy sam.... huhu... terok kan ain ni... macam la leh dapat diorang nih.. adoiyai... da kata pon berangan kan.. memang tak dapat la... he3 da tau yang dalam negara poan tak dapat ain dengan berani nye melebarkan sayap angan2 ke luar negara.. tapi tak gi jauh pon dalam Asia jew.. he3... atau senang cite kat KOREA... he3...



taaadaaa.... hehehehe... hansem kan?? i like Chinese look.... pastu specky,... pastu soh senyum sket... adoi... boleh buat i cair tau... he3... da2 tu ain.. berangan lebih2 pon tak elok... pokchik tu nak letak mane..? mentang2 la dia da tak online kumain lagi ain skarang ye... he3...

tu my current boyfriend Muhammad Rizwan... u always in my heart.. he3... :)

p/s : korang pon mesti ada kan? kalau laki mesti minat kat lisa surihani kan??? he3.... anyway yang penting korang tau korang hidup didunia realiti... bukan fantasi... :))

"Ain, aku nak kawin. Jemput datang.."

salam,

to my friend Pai, sorry aku nak story pasal kawin lagi ye... he3... bulan mei je nanti ain ada 2 wedding invitation... huhu haishh.. da dewasa da ain ni, kad undangan walimatul'urus pon da atas nama sendiri... pada ahad lepas which is 17 april 2011 kawan baik ain - SHAHRIL.. melansungkan majlis kenduri kawinnya dengan pasangan nya FAZZ... alhamdulillah da bina masjid da akhirnya.... syukur...


kumain lebar lagi shah senyum.... :))

Shahril ni seorang yang "loyar buruk" kalau dia cakap 10, 1 pon lom tentu betol.. orangnya yang tak pernah serius.. suka berjenaka.. bergurau.. sehingga bila dia bagitau kat kawan2 yang dia nak kawin sume gelakkan dia.. he3 cian shah... termasuk la ain... ain bukan gelak malah ain cakap ain tak pecaya langsung... mane taknye kalau nampak pompuan cun suke dia menyakat.. sebab tu la ain tak percaya dia nak kawin.... sehingga 1 hari shah sanggup datang UiTM shah alam semata2 nak memberi kad undangan nya.... bila da dapat kad.. baru la ain percaya.. tapi tu pon rase cam khayalan jew.... bagus la shah kau da kawin serius sket lepas nih....

shah seorang kawan yang baik bagi ain... walaupon dia suke menyakat tapi dia tak pernah nak sentap2.... he3... malah kalau nak tengok dia serius senang jew... kita luahkan la masalah kita.. time tu nmpk la keseriusan dia memberi nasihat... yang wat ain terharu.. berita perkahwinan dia.. ain kawan pompuan dia yang paling awal dia bagitau... alhamdulillah... terima kasih shah... pesanan dia... "Ain, aku nak kau datang, kalau kau tak datang kau bukan kawan aku lagi." sampai camtu skali harapan dia...


tahniah..!

Akhir nya beliau telah jalan dulu untuk membina masjid... lepas nih shah da kurang la ko lepak dengan kite org... :)) anyway to shah and fazz.. TAHNIAH!!!. nanti aku kawen aku nak ko datang ye shah bawak anak2 he3... :))

p/s : 15 mei 2011 Hamiza Aziz (ebot) nye wedding kawan skolah menengah.. jom korang reramai turun.. and 29 mei 2011 Siti Nora Khisham (nora) kawan skolah rendah... insya'allah kalau tak de aral... :))


Saturday, April 16, 2011

wangian firdausi...

malam2 hujung minggu ni adalah mase yang sesuai lepak2 dengan keluarga sambil gelak ketawa and tengor drama.... he3

ain pon tak lepaskan peluang ni..(study ntah ke mana).. ain and mama tengok cite drama tv2 yang bertajuk "wangian firdausi" lakonan iqram and ana dahlia.... ia mengisahkan pasangan yang berkahwin muda iaitu mase mereka masih lagi menuntut diuniversiti lagi... si lelaki pelajar semester akhir manakala si perempuan pelajar semester pertama.... mereka meminta restu keluarga untuk berkahwin awal tetapi mendapat tentangan dari ibu perempuan itu... alasan mereka nak elak masiat... bapa perempuan pula mengatakan bahawa masiat boleh dielakkan jika dalam diri masing2 tau menjaga nama baik keluarga... akhirnya mak n ayah si perempuan kene akur dengan kehendak anak nya....
setelah berkahwin mereka dikurniakan cahaya mata... sepanjang mengandung si isteri mengidam pizza, dengan keadaan si suami yang masih berlum berkerja sememangnya tidak mampu... dugaan lebih besar apabila si isteri da bersalin.. kehendak nya semakin tinggi... nak itu nak ini... dipaksanya si suami mencari rezeki lebih untuk hidup senang... anak yang dihantar ke rumah babysitter asyik didera.... si isteri yang menangguhkan pengajian.. terus terbantut betapa kecewanya hati seorang ibu... demi kasih sayang terhadap isteri, si suami sanggup menjadi pengedar dadah untuk memberi dan menunaikan kehendak isteri....
akhirnya, anak yang didera pengasuh meninggal dan suami kene tangkap dan dihukum gantung mandatori...

taubat gak la tengok cite ni... apa yang penting before berumahtangga tak kita la suami atau isteri perlu la cukup ilmu... dapat kan dulu diploma/ijazah... ada betol juga kata bapa perempuan dalam cerita tu bahawa maksiat boleh dielakkan jika masing2 tau menjaga diri dan nama baik keluarga...
ape2 pun ain teringat kembali, ain hampir2 berkahwin... tahun lepas mak and ayah dia da datang minta kami dinikahkan sebab da lama sangat berkawan... tapi mama ain betol2 berkeras menolak.. ain merajok gak la.. tapi bila difikir2kan balik ada sebab mama buat macam tu.. bukan mama nak menjadi materialistik tetapi demi kepentingan dan mase depan anak gadis nya juga... tengok la ending cite tadi kerana terdesak mereka mengambil jalan mudah dengan mengedar dadah.... abis je tgk cite tu mama ciap cakap lagi... "tgk tu... blaja dulu.." he3 ok2 along blaja dulu...
kepada kawan2 ku nampak nya ain akan berkahwin lambat la lagi ye... :))

p/s : mesti kawan ku pai akan cakap cam ni... "cite pasal kawin lagi..." he3 betol tak pai..?? he3

Friday, April 15, 2011

anak kesayangan mak....

salam...

artikel kali ni ain tidak ada tujuan menujukan kepada specific org tetapi secara general sahaja... dengan tajuk kali ni... anak kesayangan ibu... huhu bukan ain yang da ada anak.. tapi kali ni atas pemerhatian yang ain tengok didunia secara am nya... setiap ibu mesti ada seorang anak yang paling dia sayang... kenapa ye?? kenapa perkara ni harus belaku??? ain tak cakap perkara ni tanpa fakta atau pon kajian....

menurut servey yang dibuat oleh netmums... 1 daripada 6 orang ibu mengaku bahawa mereka mempunyai anak kesayangan... dan survey juga dilakukan oleh pihak yang sama terhadap 1000 wanita hasilnya 16% wanita mengatakan bahawa mereka ada anak kesayangan....

sebelum itu, pemerhati dari Universiti Manchester's Faculty of life sciences juga menunjukkan bahawa setiap orang tua mesti memiliki anak favorite atau anak kesayangan dalam keluarga.

kenapa hal ini mesti belaku?? tidakkah bila ini belaku akan menjatuhkan moral anak2 yang lain.... bagaimana dengan perasaan yang lain?? hurm.... fikir2 kan la....

bagi yang bertuah menjadi anak kesayangan keluarga, anda memang sangat betuah.. tapi anda perlu ingat bahawa anda ada adik beradik yang lain yang perlu anda menjaga hatinya.... anak sulung jarang sekali nak dapat tahta anak kesayangan ni...

apakah faktor2 yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi anak kesayang kepada ibu bapa mereka...??

  • salah satu nya mungkin sebab anak itu adalah anak yang berjaya dalam keluarga, yang mengharumkan nama keluarga... yang dapat memberi kemewahan pada keluarga....
  • anak itu adalah anak yang nakal, yang memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa.....
  • anal itu baik tutur katanya... tak pernah melawan cakap...
dan ada banyak lagikan....

tapi kadang2 si ibu terlalu obvious sayangkan anak itu sehingga membawa kesan buruk pada institusi keluarga.... antaranya...

  • anak2 yang lain mula cemburu dan mencari kasih sayang dari orang lain.. cthnya bercouple....
  • kadang2 kesalahan anak kesayang si ibu kata "tak apa" tetapi jika anak yang lain kata "tak boleh" akan membuatkan anak2 yang lain fed up untuk berbuat baik...
  • mula cakap2 belakang, sindir menyindir... bermasam muka... hipokrit antara 1 sama lain...
  • hubungan semakin renggang antara adik beradik...dan mulalah sesi ungkit mengungkit...
  • dan akhirnya ada yang disayangi tetap disayangi dan dibela.. tetapi anak yang lain tetap begitu nasibnya.... maka belaku la pepecahan dalam keluarga...
kenapa semua ni perlu belaku?? yang makan hati akan terus makan hati... yang betuah akan terus betuah.... tetapi sebenarnya yang makan hati itu akan menjadi matang and yang betuah itu akan terus dimanjakan....

p/s : tidak semua orang yang mengalaminya... tetapi pada siapa yang mengalaminya pasti faham apa perasaannya.....

Friday, April 8, 2011

menantu idaman mertua

forum menantu idaman mertu yang di berikan oleh ahli penel seperti Dr. robiah K.Hamzah dan kak wardina safiah yang di anjurkan oleh JPK kolej mawar pada februari yang lalu.... maaf lambat ain nak share yang bloggers and silent reader sumer... coz ain jarang ada mase nak berblog skarang nih....

forum yang indah tajuknya "Menantu Idaman Mertua" sangat memberi banyak pendedahkan dan ilmu2 kepada mahasiswi tak lupa juga mahasiswa.... masih jelas diingatan ain kata2 Dr.Robiah "kaum hawa kalau dah berumahtangga anda akan rapat dengan mak mertua berbanding mak sendiri.. maka pandai2 la belajar amek hati mak mertua.." pesannya lagi "jangan sombong dengan ijazah yang anda ada tu... sebab ijazah anda tu tak kemana pon"... pesanan itu terus menyerap dalam diri setiap hadirin yang hadir pada malam itu...

dari forum ini ain dapat buat kesimpulan :

bila sudah berumahtangga terutama kaum hawa anda perlulah pandai ambil hati mak mertua anda tak kita la anda suka atau tidak... kerana apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin maka anda da bersedia menerima segala2nya tentang mak mertua juga ahli keluarga bakal suami....

Allah telah berjanji setiap yang hidup ada pasangan masing2... maka jangan terlalu taksub mengejar cinta (couple).. sebab apabila tiba masanya nanti anda akan jumpe pasangan anda...

wanita jangan sesekali cube menjadi imam kepada lelaki... cth nya jika lelaki itu tidak solat... maka dia berkata akan berubah dikemudian hari.. tak pon anda (kaum hawa) cube mengubahnya... maka lupakan sahaja... karena tiada siapa yang akan mengubah lelaki itu kecuali dirinya sendiri....

baru2 ni ain hadir kelas CTU... ustazah sempat berkongsi ilmunya pada kami.... pesanan nya...

kaum hawa paling mudah untuk ke syurga... dan paling ramai dineraka.... ustazah berkata kamu kaum hawa jangan sesekali meninggikan suara dengan suami... sebab bila anda tinggikan suara dengan suami anda semakin jauh dengan pintu syurga.... maka istri harus la taat pada suami..

tiba2 ain teringat satu drama kat tV 1.. ain pon tak ingat tajuk nya... tapi drama tu mengisahkan si suami yang bencikan istrinya kerana mereka berkahwin atas kehendak keluarga... ape saja yang si suami herdikkan pada si isteri... tapi si isteri tak pernah tinggikan suara... biar pon pedih perjalanan rumahtangganya... si isteri tetap bersabar...

hurm.... ain belom melalui alam berumahtangga.. and ain tak tau dugaan dan cabaran nya bagaimana.... baru2 ni ain ada singgah di rumah wan.. sempat la berbual2 dengan mak dia... ain senang dengan mak dia... tapi tu mungkin hubungan sebelum kami berumahtangga... ain berharap hubungan ain dengan keluarga wan terus baik tak kira la kami bersama atau tidak... sebelum dan juga selepas berkahwin.... byk lagi ilmu yang perlu ain pelajari...

maka ain mengambil keputusan untuk tidak bernikah dalam mase terdekat ni... ain nak kumpulkan ilmu dulu... ain takut tersilap mengambil keputusan... paling awal pon insya'allah 2 tahun lagi jika dipanjangkan umor...

p/s : bunga mawar indah sekali... tetapi ia penuh dengan duri... mereka yang berani sahaja yang akan dapat kelopaknya....

::: Demam :::

salam blogger...

ape kabar korang sume???
sehat???

kalau sehat alhamdulillah.... sebut pasal sehat ke tak ni... ain nak bagi tau korang sume yang ain tengah demam ni.... meh ain cte....

mase isnin (4 april 2011) ain da mula rase sakit tekak yang amat sangat... ain ingat biasa2 je almaklom la cuaca panas terik then pegi plak blasah air batu... so ain ingat tu la punca ain sakit tekak... masok ari selasa da mula tak sedap badan... tekak yang sakit smlm semakin bengkak... kelas kol 2 ain tak pegi coz memang da tak larat sangat... kelas kol4 baru ain pegi... tu pon lecturer da nampak ain batuk2... so ain pikir2 after kelas better pegi klinik uitm cek pe kene dengan ain ni.. and i really need medicine..
petang selasa dokte cek suhu ain = 37.8 darjah Celsius.. dokter ckp early fever... so dia da bekalkan ain ubat demam, antibiotik, ubat selsema, and ubat batok... mlm tu ain terlantak atas katil... demam kali ni sangat melemahkan badan... dalam pale otak time tu... "nak balik" tu je yang ain pikirkan... after kol12 malam ain da start bepeloh.. ain pon da pikir da nak sehat... ain pon tido la...
hari rabu tu plak,.. da sememangnya ain tak de kelas... tengah ari tu after lunch ain makan ubat ain lemah balik... then ain pon amek keputusan nak balik rumah... ain pon ke pusat kesihatan untuk dapatkan MC... kol 2.30pm ain gerak pegi pusat kesihatan uitm.. dalam kol 3.45pm ain baru dapat jumpe dokter... ain teros terang ckap nak MC and minta dia tambahkan ubat demam ain... alih2 dia cek ain nye suhu badan 38.7 darjah Celsius,... dokte pon berfikir2 lame gak... then dia tanye..
"ada kawan2 yang kene H1N1 kew?"
ah sudah ain jd suspek H1N1... dokter arahkan ain pergi ke wad rawatan sementara... disitu ain diarahkan baring dikatil no.4.. dalam hati (Apo diorg nak buek kek den ni haa...?) datang la satu akak nurse yang sedang mengandung...
"dik.. baring ye.. akak nak masukkan air... 2 botol tau.. then nak amek darah nak cek adik ni ada denggi atau H1N1 tak"
adoi yaii... ain da la tak bawak phone so tak tau nak leave msg kat siapa bg tau yang ain kene tahan... kol4pm ain terlantar sampai la kol7pm... pas da masuk air dokte bg MC utk hari rabu and khamis...
malam tu mama jemput ain balik umah... nek wan terkejut tengok keadaan ain yang sangat lemah... then until now ain still demam but ada tenaga coz ada selera makan... batuk n selsema kamin terok... adoi cam no la den nak present minggu depan ni haa....

p/s : so byk2 la minum air masak ek... bukan air batu sojuk...~~ Justify Full