Thursday, March 1, 2012

::: 2 minggu dari sekarang :::

Nantikan....

Kemunculannya...

2 MINGGU dari SEKARANG.....!!!

::: Maaf :::

Assalamualaikum....

Apa2 pon ain nak memohon maaf sekiranya ada hasil tulisan ain yang tidak disenangi mana-mana pihak... tiada niat dihati nak menyakiti mana-mana pihak tetapi hanya menegur dan memberi nasihat serta peringatan sesama manusia kerana ALLAH SWT... tertarik pada comment silent reader yang hanya menamakan dirinya anonymous... yang mengatakan ain ini belom cukup ilmu untuk menasihati orang... dan ain mudah menjatuhkan hukuman terhadap orang... sudah ain perjelaskan padanya niat ain...

Mungkin dari entry2 ain yang lalu ada pembaca yang ingat ain menceritakan hal orang... untuk elakkan salah faham ain ingin menegaskan apa yang ain tulis tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia... jika ada persamaan itu mungkin kebetulan... kerana selain entry yang ain share kan tentang family... aktiviti dengan kawan2... ain juga ada shara pendapat... nasihat.. peringatan... yang ain tujukan kepada SEMUA PEMBACA... bukan ditujukan pada INDIVIDU....

kawan2...

Di dunia ini tiada yang mustahil jika sesuatu perkara itu diizin ALLAH SWT .... ain akui ain seorang yang masih cetek ILMU.. terutama bab rumahtangga.. tetapi.. macam mana kita nak tahu yang seseorang itu sudah penuh ilmu didada....??? berpijak pada bumi yang nyata, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat... maka setiap manusia itu tidak akan PENUH ILMUNYA... sebab itu tiada manusia yang sempurna... sedang ustaz2... guru2.. pensyarah2... lagi ape?? mereka sendiri masih membaca bahan-bahan ilmiah lalu ilmu yang dibaca disampaikan pada manusia-manusia lain...

ain memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa... dan menyinggung mana-mana pihak... selepas ini ain akan tutup ruang untuk anonymous memberi comment kerana bagi pendapat ain biarlah kita tahu dari siapa teguran itu...

ain akan terus menulis seperti biasa... memberi peringatan pada diri sendiri.. serta kawan2... jika ada yang nak menegur kesalahan ain... ain terima diruang comment dan biarlah ain kenal dan tahu siapakah insan yang menegur itu...

terima kasih... setiap teguran ain terima...
semoga ALLAH memberi kebahagiaan didunia dan diakhirat pada muslim dan muslimat....

wassalam...