Tuesday, November 24, 2009

Me... My Self & i....

Sudah 21 tahun ain bernafas di atas bumi Tuhan yang Esa... dan sepanjang tu juga banyak dugaan dan cabaran yang ain lalui.....

ain pon tak tahu la perkara ini sepatut nya dikongsi atau tidak... tapi gerak hati ain berkata.. berkongsilah... it's all about me and my life....

Kesusahan.... semua orang rase mereka tengah berada dalam kesusahan.. tak kira la dari segi kewangan ke.. pembelajaran ke.. mahu pon keluarga.. senua orang ada masalah cuma ia berbeza sahaja... ain teringat kata pensyarah ain en.O.Z..

"setiap apa yang berlaku atau ape yang mendatang ia terpulang pada diri kita sama ada nak pandang dari sudut +ve atau -ve..."

kata-kata ini ain terima sewaktu semesta6 diploma yang lalu ain dihadapkan ke mahkamah uitm atas kesalahan tidak hadir ke kuliah lebih dari 3 kali...dan ain pon mula la tertekan dan ain dengan Alif (Senior) pergi mencari ketenangan dibilik En.O.Z...

Bila ain terima kata-kata ini, ain memuhasabah diri ain kembali.... baru-baru nih berlakunya pertengkaran antara ain dan ayah tiri ain.. dan menyebabkan mama marah pada ain....
ain tak ada niat nak jadi anak yang kurang ajar.. tapi ain rase itu la satu-satu nya penyesalan yang ain rasa iaitu bagi mama berkahwin dengan 'dia'...

AYAH???
apa itu ayah???
ain tak pernah kenal erti ayah.. sebab sejak dilahirkan ain buntu siapa ayah ain... pada umur 11tahun ain baru dapat tahu ayah kandung ain meninggal dunia akibat sakit jantng.. ain dan mama tidak dibenarkan datang kerana dihalang oleh isteri pertama ayah ain... pada waktu itu baru ain mengerti mama rupanya isteri ke-2.... ain tak pernah rase kasih syg dari seorang ayah... sebab tu la ain benarkan mama berkahwin dengan harapan ain dapat rase kasih syg..... tapi semua itu musnah bila ain dapati ayah tiri ain pergi ke kedai kuda sewaktu mama sedang berada dihospital kerana bru bersalin... ain sendiri panggil dia keluar dari kedai haram tu... dan sejak hari itu jangan harap ain nak panggil dia 'ayah'.....

semasa ain mengikuti program rakan muda di kampung tanjung rambai gerik... disitu ain ada keluarga angkat yang sempurna... jelas kebahagiaan yang terpancar diwajah mereka... mulut ini rasa kekok untuk menyebut perkataan 'Abah'.. tapi ain rase sangat bahagia disana... pada saat untuk berpisah ain rase sangat sebak... abah mengiringi ain ke bas, abah meninggalkan banyak pesanan kepada ain.... hm ain impikan ayah seperti abah...

Lebih sedih bila kawan2 bercerita tentang ayah masing-masing... dan waktu itu ain hanya diam diri... sebab ain tak ada apa-apa kenangan dengan ayah ain...Ain redha....

Alhamdulillah apabila ain bertemu dengan insan tercinta iaitu Muhammad Rizwan b. Mohmad Ramley... hubungan kami semakin hari semakin akrap... semakin matang...dan keluarga kami pon telah mengenali antara 1 sama lain... ayah wan kadang kala ada bagi nasihat & pesanan.. tak lupa pada mak wan juga.... kini mama & abah wan sedang menunaikan ibadah haji... ain doakan mereka dapat menunaikan haji dengan sempurna dan pulang ketanah air dengan selamat...

Apa yang berlaku ada hikmah....

p/s: buat ayah yang ain rindui... ain harap sesiapa yang baca entry ni dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Arwahyarham Mohd Fami bin. Jufery... Al-Fatihah....

2 comments:

ZOOL@TOD said...

Saya kehilangan ayah pada usia 4 tahun akibat kemalangan jalan raya, ibu saya dalam keadaan separuh sedar hingga saya berusia 7 - 8 tahun. Kesihatan ibu kerap kali terganggu selepas itu (kepala ibu saya cedera parah. Doktor hanya memberi harapan 50% untuk sembuh).

Apa itu ayah? Saya tak pasti hinggalah saya menjadi seorang ayah dan saya masih lagi belajar untuk menjadi ayah yang terbaik buat anak-anak saya.

Nasihat saya, Ain mesti memotivasikan diri sendiri. Itulah yang saya lakukan.

Dulu bila saya mendapat keputusan yang cemerlang semasa penilaian (UPSR) dan SRP (PMR), tiada penghargaan khusus atau hadiah yang saya terima. Saya "demotivated".

Ketika membuat Degree baru saya memotivasikan diri sendiri. Kita perlu berusaha untuk berjaya. Kenapa? Untuk memastikan kehidupan kita di masa hadapan cerah. Suatu hari kita akan berdikari.

Rancang karier Ain dari sekarang. Pastikan Ain berjaya mendapat Degree. Andaikata Ain menjadi ahli perniagaan, Ain menjadi ahli perniagaaan yang memiliki degree.

Manusia dipandang mulia kerana ilmu yang dimiliki.

Aienz said...

En.zool terima kasih banyak2 atas nasihat encik... Ain sedar ada lagi insan yang tidak bernasib baik berbanding ain yang sekurang2nya berpeluang menuntut ilmu untu memperjuangkan mase depan ain...

Kisah encik membuatkan ain rase ain masih bernasib baik kerana ibu ain masih sehat disisi...

terima kasih sekali l...