Friday, December 31, 2010

harapan 2011

salam...

setiap manusia mempunyai azam, harapan dan impian dalam kehidupan.... ain tak byk benda nak buat untuk 2011 sebab ain masih belajar so my fokus always on my study...

disebabkan pointer jatuh terok... so mission untuk sem seterusnya adalah untuk menaikkan pointer balik,.,, nak buktikan kat mama percintaan bukan penghalang untuk berjaya... hehehe

perkara kedua nak amek lesen.. tak kira la moto or kete... klu dapat kedua2nya pon ok je. hehehe

perkara ketiga ain nak privacy.. means that nak kemas bilik belakang then nak hias cantik2...:))

perkara keempat nak main ais skate kat pyramid hehe da lame tgk org main tapi ain tak pernah main pon....

perkara kelima... nak khatam quran lagi....

perkara keenam... nak turun kan berat badan... mama da bising da... adoiiii... bgus untuk kesihatan...

dan byk lagi... tapi ini yang priority.. means paling penting adalah study.... disamping membuat orang sekeliling ain bahagia dan gembira... especially my family... insya'allah segalanya kembali tenang...

i'm not expect for this new year will be easier for me... harga barang naik... mungkin tekanan hidup tu akan terasa nak2 kami tinggal dibandar...ain tau 2011 adalah tahun yang mencabar... dan bersedia atau tidak... ain harus menempohinya dengan penuh kesabaran....

p/s : jom buka buku baru yang lebih penuh dengan ranjau kehidupan....

review 2010....

sepanjang tahun 2010 banyak perkara yang berlaku dalam hidup seharian setiap insan.. baik manis mahu pon pahit.. ia tetap tercatat dalam diari 2010 setiap insan...

bagi aku, lembaran 2010 dimulakan dengan penghijrahan aku ke Melaka apabila mendapat tawaran sambung ijazah pengurusan perniagaan kewangan... perubahan suasana belajar sangat ketara berbanding ketika belajar di perak...

dalam hidup aku.. pada awal tahun ari tu aku diuji.. diuji untuk tabah menerima kenyataan... alhamdulillah berkat doa dan sokongan rakan sekeliling.. aku bangkit dan kembali kuat menempoh segala ujian ini dengan redha...

pada hujung bulan may aku telah pon menerima segulung diploma, alhamdulillah.....

cuti semester aku di isi dengan mengambil intersesi... 1 subjek....alhamdulillah akhirnya result ku mencecah juga angka 3.....

semester baru bermula... gaya idup berubah berbanding dengan semester 1... kini duduk rumah sewa yang memerlukan aku naik bas awam untuk ke kelas.... rase seronok tapi kepenatan...

menyambut ramadhan yang sangat meriah.. kerana bazar and expo sangat2 la dekat dengan rumah sewa,... abis la duit...

menjadi wakil kelas, untuk ajk personal development, aku telah pon dipilih untuk memegang jawatan setiausaha 2, so ari2 ada meeting and at least i learn something new....

hubungan cintaku juga diuji... dan kali ini betol2 menguji kesetiaan kami... alhamdulillah dapat di selamatkan dan kini menanti ke peringkat seterusnya hehehehe.....

keluarga :
aku kehilangan 2 insan tersayang dalam tempoh kurang 2 bulan.....
pada 8 october 2010 moyang ain, hajah puteh binti bahaman telah kembali ke rahmahtullah kerana sakit tua... tidak hilang rase kesedihan, dan emosi masing2 masih belum stabil.. skali lagi kami di gemparkan dengan keadaan kesihatan atuk ain, shariff budin bin shariff ahmad yang tiba2 di masukkan ke hospital putrajaya.. hanya 5 hari di hospital.. dan beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4.20pm 27 november 2010 kerana sakit jantung... hurmmm ni je yang ain dapat share yang lain ain rase baik ain sorg je yang tau...

Al- fatihah....

persahabatan :
apa yang ain dapat rumuskan.. buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.... ini buat kali ke dua ain terkene.. terlalu menyayangi sahabat itu.. mempercayai dia.. tetapi akhirnya seperti ditikam dari belakang.... hmmm terlukanya mengalahkan orang yang putus cinta.... benci betol dia kat ain... hmmmm
sometime dalam kita mengenali orang baru kita tak boleh terlalu negative thinking pasal that new person..... orang kata bersangka buruk... takut la nak amek penyewa baru yang tak kenal nanti takut dia curi barang kita.... adoiii.. kenapa perlu berfikiran macam tu...
so ain belaja dar pemerhatian ain... ohhh rupa nya ada orang masih berfikiran begini, ain ingat da masuk dunia moden ni da tak ada orang berfikiran cam tu... hurmmmm,,,,, cam tu orang yang berfikiran cam tu kawan nya memang tak berkembang dan boleh berkawan orang yang sependapat dengan dia jew...

i'm not try telling u all guys yang i ni perfect.... but sometime i life kite kene tau situasi seseorang tu memang berbeza dengan situasi kita... jangan terlalu cerewet la.. pantang ditipu la.... come on... dalam idop ni korang cakap korang pantang di tipu.... tapi korang fikir balik, korang pernah menipu tak???? time test or quiz??? hurrmmm fikir la weh korang tak kan kene tipu kalau korang tak pernah buat.. so kalau korang kene tipu jangan la cepat melatah coz korang pon buat benda yang sama cume cara yang berbeza....

pengajaran buat ain.. kekesalan,,.... segalanya ada.. kalau boleh ain tak nak da jumpe orang2 yang sikap nya begini susah nak tolerate.... ain tak pernah rase nak macam ni... slalu ada prob dengan kawan2 pon still leh bermaaf2an dan terus berkawan... tapi kali ni ain rase tak boleh.. sebab nya adalah.... i really miss my schoolmate and kawan2 dip... kami tak pernah ada puak... walaupon kami ramai.. ini la yang dimanakan sepakat..


sebelum melangkah ke tahun 2011... pada 26 december 2010 pihak keluarga wan telah bertandang ke rumah ku untuk berbincang mengenai mase depan kami... masih belum ada kata putus... pihak lelaki memberi masa pada pihak perempuan untuk berfikir...... hehehe

tahun 2010 juga, adalah tahun kejuaraan buat pasukan bola sepak negara apabila buat pertama malaysia memenangi piala AFF suzuki dengan menewaskan pasukan lawan indonesia aggregate 4-2....

2010 ain rumuskan adalah tahun yang banyak menguji keimanan ain,... terlalu banyak dugaan yang datang.. alhamdulillah atas berkat kesabaran, apa yang berlaku ada hikmahnya... anyway selamat tinggal 2010...

Thursday, December 30, 2010

2 tahun dari sekarg

"saya akan bawak awak keluar dari dunia itu...
saya akan buat awak bahagia dengan keluarga saya...
saya boleh bagi awak tempoh 2 tahun saje,,..
lepas tu yang saya tau awak adalah istri saya..."

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah MALAYSIA...!!!!

salam,

tahniah buat pasukan kebangsaan Malaysia kerana berjaya melakar sejarah apabila buat pertama kali menjulang piala suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan aggregate 4-2...



Demam bola sepak negara semakin terase hebatnya semenjak pasukan Malaysia bangkit dari kekalahan dengan Indonesia 5-1 dalam perlawanan antara kumpulan... sehinggalah pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat final sekali lagi bertemu sang garuda untuk menebus maruah negara,...

Pasukan negara yang dibawah bimbingan jurulatih K.Rajagopal, telah membuktikan yang mereka mampu beraksi yang terbaik dihadapan penyokong negara dengan menumpaskan pihak lawan (indonesia) 3-0, final 1st match di stadium nasional bukit jalil pada 26 december 2010 lepas... buat pertamakali nya penjualan tiket habis dan stadium penuh mengalahkan mase perlawanan persahabatan malaysia lwn Man. Utd.... ini telah membuktikan rakyat Malaysia kembali menyokong pasukan negara...!! tahniah buat team malaysia.. dan tahniah buat jurulatih K.Rajagopal yang berjaya meraih kembali kepercayaan rakyat malaysia untuk menyokong pasukan negara....



Mohd Safee mohd sali permain kebangsaan memakai jersi no.10 muncul sebagai hero malaya... apabila berjaya menjaringkan goal2 yang cantik pada 1st n 2nd final..... beliau juga pemain pasukan selangor menyarung jersi number yang sama dengan pemain lagenda negara Arwahyarham Moktar Dahari. tahniah, kerana berjaya mendapat anugerah penjaring terbanyak..~~~


setelah membaham garuda 3-0 di kuala lumpur... pasukan kebangsaan menghadapi banyak provokasi dari negara jiran... macam2 tomahan yang bangkitkan oleh penyokong mereka... isu leser juga tidak ketinggalan.... ada yang ckp pihak FAM guna bomoh laa... ada yang kata FAM kene saman la... tu sume cakap kosong jew... kalau la FAM guna bomoh da lama da Malaysia nih jadi juara dunia... betol tak hehehe.. adoiii... da kalah tu asek nak menunding jari jew...

tidak dilupakan kepada penjaga goal negara khairul fahmy yang bertungkus lumus menjaga gawang negara dengan hebat nya.... paling best beliau menyelamatkan gawang negara pada perlawanan final ke 2 di indonesia, apabila pihak lawan mendapat tendangan penalti tetapi berjaya ditangkap kemas oleh khairul fahmy... tahniah... anda memang hebat....!!!!

anyway.. ain juga turut sama menyokong pasukan kebangsaan dan bakal men'join' menjadi penyokong pasukan selangor musim hadapan... mission nak tgk kat stadium plak pasni.. hehehe... mase main kat KL ari tu ain tak dapat beli tiket so ain tengor kat shah alam seksyen 7.. meriah giler....!!! dan pada final ke 2 ain tgk kat syed bistro kelana jaya.... bersama my pok chik, meme and abg mie....





buat pasukan malaysia and all the crew... tahniah diucapkan semoga lebih byk kemenangan dimasa akan datang.... oleh itu wahai rakyat Malaysia.... Perdana Menteri telah umumkan bahawa 31hb dec 2010 (friday) adalah cuti umum...!!!! hooray!!!!


penantian 14 tahun...lakar sejarah 2010...!!!

Friday, December 17, 2010

kecewa~~~

salam blogger...

hari ni ain nak membebel...
di sebabkan rase sangat geram so ain tak tau nak luahkan macam mane...

ain sangat berbangga menjadi wagra UiTM tp hari ni pihak pengurusan telah buat ain rase kecewa... kisah nye begini... ain membuat permohonan pertukaran kampus.. dari melaka ke shah alam pada 1hb dec 2010 yang lalu,.. due date ialah 20hb dec 2010.. so pihak pengurusan ada dalam 19 hari untuk settled all the things...

malangnya ain sangat2 lah kecewa... apabila mereka masih tak submit document ain ke shah alam.... hari ni da 17hb(jumaat) due date 20hb(isnin) bile nye diorang nak settle kn??? ain cube hubungi person yang uruskan semua nih tapi beliau ada khusus dan staff yang lain tak leh masuk bilik beliau... so rase2 la mereka nak ke layan ain ni???????? mane leh diorang buat macam ni...

shah alam....
pihak pengurusan di shah alam sedang menanti ain nye permohonan yang sepatutnya difaxkan oleh pihak di melaka... mereka tak dapat buat apa2...

siapa boleh tolong lagi nih???? juz nk melaka submitkan ke shah alam jew.... lega la sket, then leh update dgn pihak kat shah alam jew.... rase macam nak menangis je dapat layanan yang macam ni... ni yang buat ain lagi tawar hati nak belajar kat melaka nih...

p/s : idup mesti kene pakai 'cabel' ke????

Friday, December 10, 2010

hikmah di sebalik ujian....

salam,

alhamdulillah, 10 dec 2010 adalah tarikh keramat buat semua student UiTM seluruh malaysia dan kolej2 bersekutu UiTM.. sebab ape??

RESULT FINAL DAH KELUAR....!!!!

ape yang ain risaukan adalah paper research (ain mmg tak boleh buat and ciap kua awal lg), paper international financial management (men hentam je) and derivative( mmg susah giler, tak confident) tapi alhamdulillah ain lulus.. and yang paling penting ain tak repeat killer paper nih...

LEGA...!!!!

kenapa ain cakap hikmah disebalik ujian?? hm sepanjang minggu final ain byk diuji...nak2 bile nak study.. dan time2 tu byk benda/masalah timbol.... ain akui masalah tu sgt mengganggu emosi ain... especially time paper derivative.... tuhan je yang tahu... tapi alhamdulillah ain dapat keputusan seperti yang di target.. i'm still on my track...

mungkin selepas ni, laluan lagi mencabar... ain perlu bersedia dari segi mental and fizikal...


buat kawan2 yang lain tahniah.....!!!

Sunday, December 5, 2010

hijrah

"ko slalu fikirkan masalah orang... masalah ko ada tak orang fikirkan??"

ayat ni la yang selalu bermain difikiran.... dari dulu lagi mama ain selalu berpesan... jgn terlalu fikirkan orang nanti ko yang merana.... ye tu la yang aku sedang alami.... friend is everything for me... tp lepas ape yang ain lalui.. ain cukup serik.... now family is everything for me...

family aku da banyak membantu aku untuk menuju ke menara gading.... jadi dalam keadaan dan suasana macam ni aku perlu membantu untuk suntik semangat keluarga....

orang luar mungkin boleh cakap macam2... hmmm aku da fed up dgn "orang",, golongan yang aku fed up nih diorg tau cakap je.... tapi diorg tak tau rasenye cm ne... jgn sampai aku ckp "nnt ko kene baru ko tau rase nye perit atau tak"...

ntah la mulut orang ni memang susah nak tutup... so ain amek keputusan untuk make ignore.... bialah diorg dgn idiology diorg....

aku nak bertuka angin... harap da tak jejakkan lagi kaki kat melaka... kenapa nye... ntah la.... aku mmg byk kenangan manis.. tp bile dikenang akn menjadi pahit... hmm... aku nak berhijrah... sempena maal hijrah ni... aku berazam untuk built new life with new environment... try to make improvement...

p/s: menanti kelulusan pertukaran kampus

Ujian Buat Kami....

Salam blogger....

Ain tak tahu macam mane nak mula.... since cuti ni ain tak jenguk blog kesayangan nih pon....
27NOV2010.... keluarga kami sekali lagi diuji oleh ALLAH SWT.... atuk ain telah kembali kerahmahtullah tepat jam 4.20 petang di CCU HOSPITAL PUTRAJAYA....

kisah nya cam ni....

pada hari ahad (21/11) atuk ngadu demam pada paksu... then dia balik umah rest and cuti dari bawa BAS EXPRESS.... ain tgk atuk seperti biasa seperti insan lain yang mengalami demam.....
hari isnin (22/11) mlm atuk tak balik... walaupon acu call suruh balik tapi atuk tetap tak balik....so kami semua igt atuk berehat dirumah nya di puchong....
hari selasa (23/11) petang... kami dapat panggilan dari hospital.. mengatakan atuk ditahan diwad putrajaya sebab sakit JANTUNG.... petang tu juga acu bawab nek wan ke hospital... mlm selasa lepas tgk keadaan atuk acu ckp atuk stabil.. masih boleh berckp mcm biasa....
lebih kurang kol9 lebih acu dapat panggilan dari hospital mengatakan atuk diserang strok..... kami sekeluarga bergegas ke hospital.......

rabu(24/11) atuk dilaporkan tenat.. 100% bergantung pada mesin sebab dokter rehatkan jantung....atuk da tak sedarkan diri.... kami sekeluarga dok kat spital... mama keje half day sampai kol12... pakngah pon same.... paklang yang sedang bertugas diluar negara terpakse dipanggil pulang....keluarga dari kedah & penang semua turun....

khamis (25/11) semua ahli keluarga berkampung kat rumah paklang kat kota warisan.... supaya mudah dan hampir dengan hospital.... pada hari nih atuk dilaporkan 40% bergantung pd mesin... 60% pernafasan sendiri.... hari jumaat pon sama....

sabtu (27/11) jam 4.20 ptg.. atuk da berhenti pernafasan.... dan kami bawa pulang jenazah dan dikebumikan berhampiran dengan kubur arwah moyang di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara,,,,...

emosi masing2 tidak stabil.... terutamanya nenek ain.... tambah keadaannya yang semakin lemah.. dan tak lalu makan,,,, hmm... semoga semua ahli keluarga tabah menghadapi segala ujian...




p/s: just want to share.... apa yang anda nampak diluaran tidak menunjukan apa yang terlukis didalaman....