Wednesday, December 29, 2010

Tahniah MALAYSIA...!!!!

salam,

tahniah buat pasukan kebangsaan Malaysia kerana berjaya melakar sejarah apabila buat pertama kali menjulang piala suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan aggregate 4-2...



Demam bola sepak negara semakin terase hebatnya semenjak pasukan Malaysia bangkit dari kekalahan dengan Indonesia 5-1 dalam perlawanan antara kumpulan... sehinggalah pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat final sekali lagi bertemu sang garuda untuk menebus maruah negara,...

Pasukan negara yang dibawah bimbingan jurulatih K.Rajagopal, telah membuktikan yang mereka mampu beraksi yang terbaik dihadapan penyokong negara dengan menumpaskan pihak lawan (indonesia) 3-0, final 1st match di stadium nasional bukit jalil pada 26 december 2010 lepas... buat pertamakali nya penjualan tiket habis dan stadium penuh mengalahkan mase perlawanan persahabatan malaysia lwn Man. Utd.... ini telah membuktikan rakyat Malaysia kembali menyokong pasukan negara...!! tahniah buat team malaysia.. dan tahniah buat jurulatih K.Rajagopal yang berjaya meraih kembali kepercayaan rakyat malaysia untuk menyokong pasukan negara....



Mohd Safee mohd sali permain kebangsaan memakai jersi no.10 muncul sebagai hero malaya... apabila berjaya menjaringkan goal2 yang cantik pada 1st n 2nd final..... beliau juga pemain pasukan selangor menyarung jersi number yang sama dengan pemain lagenda negara Arwahyarham Moktar Dahari. tahniah, kerana berjaya mendapat anugerah penjaring terbanyak..~~~


setelah membaham garuda 3-0 di kuala lumpur... pasukan kebangsaan menghadapi banyak provokasi dari negara jiran... macam2 tomahan yang bangkitkan oleh penyokong mereka... isu leser juga tidak ketinggalan.... ada yang ckp pihak FAM guna bomoh laa... ada yang kata FAM kene saman la... tu sume cakap kosong jew... kalau la FAM guna bomoh da lama da Malaysia nih jadi juara dunia... betol tak hehehe.. adoiii... da kalah tu asek nak menunding jari jew...

tidak dilupakan kepada penjaga goal negara khairul fahmy yang bertungkus lumus menjaga gawang negara dengan hebat nya.... paling best beliau menyelamatkan gawang negara pada perlawanan final ke 2 di indonesia, apabila pihak lawan mendapat tendangan penalti tetapi berjaya ditangkap kemas oleh khairul fahmy... tahniah... anda memang hebat....!!!!

anyway.. ain juga turut sama menyokong pasukan kebangsaan dan bakal men'join' menjadi penyokong pasukan selangor musim hadapan... mission nak tgk kat stadium plak pasni.. hehehe... mase main kat KL ari tu ain tak dapat beli tiket so ain tengor kat shah alam seksyen 7.. meriah giler....!!! dan pada final ke 2 ain tgk kat syed bistro kelana jaya.... bersama my pok chik, meme and abg mie....





buat pasukan malaysia and all the crew... tahniah diucapkan semoga lebih byk kemenangan dimasa akan datang.... oleh itu wahai rakyat Malaysia.... Perdana Menteri telah umumkan bahawa 31hb dec 2010 (friday) adalah cuti umum...!!!! hooray!!!!


penantian 14 tahun...lakar sejarah 2010...!!!

No comments: