Saturday, April 16, 2011

wangian firdausi...

malam2 hujung minggu ni adalah mase yang sesuai lepak2 dengan keluarga sambil gelak ketawa and tengor drama.... he3

ain pon tak lepaskan peluang ni..(study ntah ke mana).. ain and mama tengok cite drama tv2 yang bertajuk "wangian firdausi" lakonan iqram and ana dahlia.... ia mengisahkan pasangan yang berkahwin muda iaitu mase mereka masih lagi menuntut diuniversiti lagi... si lelaki pelajar semester akhir manakala si perempuan pelajar semester pertama.... mereka meminta restu keluarga untuk berkahwin awal tetapi mendapat tentangan dari ibu perempuan itu... alasan mereka nak elak masiat... bapa perempuan pula mengatakan bahawa masiat boleh dielakkan jika dalam diri masing2 tau menjaga nama baik keluarga... akhirnya mak n ayah si perempuan kene akur dengan kehendak anak nya....
setelah berkahwin mereka dikurniakan cahaya mata... sepanjang mengandung si isteri mengidam pizza, dengan keadaan si suami yang masih berlum berkerja sememangnya tidak mampu... dugaan lebih besar apabila si isteri da bersalin.. kehendak nya semakin tinggi... nak itu nak ini... dipaksanya si suami mencari rezeki lebih untuk hidup senang... anak yang dihantar ke rumah babysitter asyik didera.... si isteri yang menangguhkan pengajian.. terus terbantut betapa kecewanya hati seorang ibu... demi kasih sayang terhadap isteri, si suami sanggup menjadi pengedar dadah untuk memberi dan menunaikan kehendak isteri....
akhirnya, anak yang didera pengasuh meninggal dan suami kene tangkap dan dihukum gantung mandatori...

taubat gak la tengok cite ni... apa yang penting before berumahtangga tak kita la suami atau isteri perlu la cukup ilmu... dapat kan dulu diploma/ijazah... ada betol juga kata bapa perempuan dalam cerita tu bahawa maksiat boleh dielakkan jika masing2 tau menjaga diri dan nama baik keluarga...
ape2 pun ain teringat kembali, ain hampir2 berkahwin... tahun lepas mak and ayah dia da datang minta kami dinikahkan sebab da lama sangat berkawan... tapi mama ain betol2 berkeras menolak.. ain merajok gak la.. tapi bila difikir2kan balik ada sebab mama buat macam tu.. bukan mama nak menjadi materialistik tetapi demi kepentingan dan mase depan anak gadis nya juga... tengok la ending cite tadi kerana terdesak mereka mengambil jalan mudah dengan mengedar dadah.... abis je tgk cite tu mama ciap cakap lagi... "tgk tu... blaja dulu.." he3 ok2 along blaja dulu...
kepada kawan2 ku nampak nya ain akan berkahwin lambat la lagi ye... :))

p/s : mesti kawan ku pai akan cakap cam ni... "cite pasal kawin lagi..." he3 betol tak pai..?? he3

Friday, April 15, 2011

anak kesayangan mak....

salam...

artikel kali ni ain tidak ada tujuan menujukan kepada specific org tetapi secara general sahaja... dengan tajuk kali ni... anak kesayangan ibu... huhu bukan ain yang da ada anak.. tapi kali ni atas pemerhatian yang ain tengok didunia secara am nya... setiap ibu mesti ada seorang anak yang paling dia sayang... kenapa ye?? kenapa perkara ni harus belaku??? ain tak cakap perkara ni tanpa fakta atau pon kajian....

menurut servey yang dibuat oleh netmums... 1 daripada 6 orang ibu mengaku bahawa mereka mempunyai anak kesayangan... dan survey juga dilakukan oleh pihak yang sama terhadap 1000 wanita hasilnya 16% wanita mengatakan bahawa mereka ada anak kesayangan....

sebelum itu, pemerhati dari Universiti Manchester's Faculty of life sciences juga menunjukkan bahawa setiap orang tua mesti memiliki anak favorite atau anak kesayangan dalam keluarga.

kenapa hal ini mesti belaku?? tidakkah bila ini belaku akan menjatuhkan moral anak2 yang lain.... bagaimana dengan perasaan yang lain?? hurm.... fikir2 kan la....

bagi yang bertuah menjadi anak kesayangan keluarga, anda memang sangat betuah.. tapi anda perlu ingat bahawa anda ada adik beradik yang lain yang perlu anda menjaga hatinya.... anak sulung jarang sekali nak dapat tahta anak kesayangan ni...

apakah faktor2 yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi anak kesayang kepada ibu bapa mereka...??

  • salah satu nya mungkin sebab anak itu adalah anak yang berjaya dalam keluarga, yang mengharumkan nama keluarga... yang dapat memberi kemewahan pada keluarga....
  • anak itu adalah anak yang nakal, yang memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa.....
  • anal itu baik tutur katanya... tak pernah melawan cakap...
dan ada banyak lagikan....

tapi kadang2 si ibu terlalu obvious sayangkan anak itu sehingga membawa kesan buruk pada institusi keluarga.... antaranya...

  • anak2 yang lain mula cemburu dan mencari kasih sayang dari orang lain.. cthnya bercouple....
  • kadang2 kesalahan anak kesayang si ibu kata "tak apa" tetapi jika anak yang lain kata "tak boleh" akan membuatkan anak2 yang lain fed up untuk berbuat baik...
  • mula cakap2 belakang, sindir menyindir... bermasam muka... hipokrit antara 1 sama lain...
  • hubungan semakin renggang antara adik beradik...dan mulalah sesi ungkit mengungkit...
  • dan akhirnya ada yang disayangi tetap disayangi dan dibela.. tetapi anak yang lain tetap begitu nasibnya.... maka belaku la pepecahan dalam keluarga...
kenapa semua ni perlu belaku?? yang makan hati akan terus makan hati... yang betuah akan terus betuah.... tetapi sebenarnya yang makan hati itu akan menjadi matang and yang betuah itu akan terus dimanjakan....

p/s : tidak semua orang yang mengalaminya... tetapi pada siapa yang mengalaminya pasti faham apa perasaannya.....

Friday, April 8, 2011

menantu idaman mertua

forum menantu idaman mertu yang di berikan oleh ahli penel seperti Dr. robiah K.Hamzah dan kak wardina safiah yang di anjurkan oleh JPK kolej mawar pada februari yang lalu.... maaf lambat ain nak share yang bloggers and silent reader sumer... coz ain jarang ada mase nak berblog skarang nih....

forum yang indah tajuknya "Menantu Idaman Mertua" sangat memberi banyak pendedahkan dan ilmu2 kepada mahasiswi tak lupa juga mahasiswa.... masih jelas diingatan ain kata2 Dr.Robiah "kaum hawa kalau dah berumahtangga anda akan rapat dengan mak mertua berbanding mak sendiri.. maka pandai2 la belajar amek hati mak mertua.." pesannya lagi "jangan sombong dengan ijazah yang anda ada tu... sebab ijazah anda tu tak kemana pon"... pesanan itu terus menyerap dalam diri setiap hadirin yang hadir pada malam itu...

dari forum ini ain dapat buat kesimpulan :

bila sudah berumahtangga terutama kaum hawa anda perlulah pandai ambil hati mak mertua anda tak kita la anda suka atau tidak... kerana apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin maka anda da bersedia menerima segala2nya tentang mak mertua juga ahli keluarga bakal suami....

Allah telah berjanji setiap yang hidup ada pasangan masing2... maka jangan terlalu taksub mengejar cinta (couple).. sebab apabila tiba masanya nanti anda akan jumpe pasangan anda...

wanita jangan sesekali cube menjadi imam kepada lelaki... cth nya jika lelaki itu tidak solat... maka dia berkata akan berubah dikemudian hari.. tak pon anda (kaum hawa) cube mengubahnya... maka lupakan sahaja... karena tiada siapa yang akan mengubah lelaki itu kecuali dirinya sendiri....

baru2 ni ain hadir kelas CTU... ustazah sempat berkongsi ilmunya pada kami.... pesanan nya...

kaum hawa paling mudah untuk ke syurga... dan paling ramai dineraka.... ustazah berkata kamu kaum hawa jangan sesekali meninggikan suara dengan suami... sebab bila anda tinggikan suara dengan suami anda semakin jauh dengan pintu syurga.... maka istri harus la taat pada suami..

tiba2 ain teringat satu drama kat tV 1.. ain pon tak ingat tajuk nya... tapi drama tu mengisahkan si suami yang bencikan istrinya kerana mereka berkahwin atas kehendak keluarga... ape saja yang si suami herdikkan pada si isteri... tapi si isteri tak pernah tinggikan suara... biar pon pedih perjalanan rumahtangganya... si isteri tetap bersabar...

hurm.... ain belom melalui alam berumahtangga.. and ain tak tau dugaan dan cabaran nya bagaimana.... baru2 ni ain ada singgah di rumah wan.. sempat la berbual2 dengan mak dia... ain senang dengan mak dia... tapi tu mungkin hubungan sebelum kami berumahtangga... ain berharap hubungan ain dengan keluarga wan terus baik tak kira la kami bersama atau tidak... sebelum dan juga selepas berkahwin.... byk lagi ilmu yang perlu ain pelajari...

maka ain mengambil keputusan untuk tidak bernikah dalam mase terdekat ni... ain nak kumpulkan ilmu dulu... ain takut tersilap mengambil keputusan... paling awal pon insya'allah 2 tahun lagi jika dipanjangkan umor...

p/s : bunga mawar indah sekali... tetapi ia penuh dengan duri... mereka yang berani sahaja yang akan dapat kelopaknya....

::: Demam :::

salam blogger...

ape kabar korang sume???
sehat???

kalau sehat alhamdulillah.... sebut pasal sehat ke tak ni... ain nak bagi tau korang sume yang ain tengah demam ni.... meh ain cte....

mase isnin (4 april 2011) ain da mula rase sakit tekak yang amat sangat... ain ingat biasa2 je almaklom la cuaca panas terik then pegi plak blasah air batu... so ain ingat tu la punca ain sakit tekak... masok ari selasa da mula tak sedap badan... tekak yang sakit smlm semakin bengkak... kelas kol 2 ain tak pegi coz memang da tak larat sangat... kelas kol4 baru ain pegi... tu pon lecturer da nampak ain batuk2... so ain pikir2 after kelas better pegi klinik uitm cek pe kene dengan ain ni.. and i really need medicine..
petang selasa dokte cek suhu ain = 37.8 darjah Celsius.. dokter ckp early fever... so dia da bekalkan ain ubat demam, antibiotik, ubat selsema, and ubat batok... mlm tu ain terlantak atas katil... demam kali ni sangat melemahkan badan... dalam pale otak time tu... "nak balik" tu je yang ain pikirkan... after kol12 malam ain da start bepeloh.. ain pon da pikir da nak sehat... ain pon tido la...
hari rabu tu plak,.. da sememangnya ain tak de kelas... tengah ari tu after lunch ain makan ubat ain lemah balik... then ain pon amek keputusan nak balik rumah... ain pon ke pusat kesihatan untuk dapatkan MC... kol 2.30pm ain gerak pegi pusat kesihatan uitm.. dalam kol 3.45pm ain baru dapat jumpe dokter... ain teros terang ckap nak MC and minta dia tambahkan ubat demam ain... alih2 dia cek ain nye suhu badan 38.7 darjah Celsius,... dokte pon berfikir2 lame gak... then dia tanye..
"ada kawan2 yang kene H1N1 kew?"
ah sudah ain jd suspek H1N1... dokter arahkan ain pergi ke wad rawatan sementara... disitu ain diarahkan baring dikatil no.4.. dalam hati (Apo diorg nak buek kek den ni haa...?) datang la satu akak nurse yang sedang mengandung...
"dik.. baring ye.. akak nak masukkan air... 2 botol tau.. then nak amek darah nak cek adik ni ada denggi atau H1N1 tak"
adoi yaii... ain da la tak bawak phone so tak tau nak leave msg kat siapa bg tau yang ain kene tahan... kol4pm ain terlantar sampai la kol7pm... pas da masuk air dokte bg MC utk hari rabu and khamis...
malam tu mama jemput ain balik umah... nek wan terkejut tengok keadaan ain yang sangat lemah... then until now ain still demam but ada tenaga coz ada selera makan... batuk n selsema kamin terok... adoi cam no la den nak present minggu depan ni haa....

p/s : so byk2 la minum air masak ek... bukan air batu sojuk...~~ Justify Full

Tuesday, March 8, 2011

Team Building at Tanjung Malim

Date : 25 feb - 27 feb 2011
venue : Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak.
Program : Team Building bersama Kelab Penyayang UiTM.

25 feb 2011 (jumaat)
3.00pm : bertolak dari UiTM



around 5.00pm : Tiba di tanjung malim. dan kami dikehendaki menaiki sejenis pacuan 4 roda untuk ke tapak kem.




MALAM :

aktiviti pertama ice breaking ; sesi perkenalan dgn peserta lain... we enjoy this activity... kemudian kami diberi kumpulan...
here my group member...

.
group name : wellcha acecite.(terpengaruh dengan hantu kak limah)
group leader : Khairul
members : mahmod (mod)
: firdaus (daus)
: Anieza
: Nana
: Yati
: me :))

next activity is on midnight : NIGHT WALK...



Baru lepas bersihkan diri lepas bermandikan lumpur.. hasil dr night walk 6 ekor pacat berjaya menghisap darah manisku... tahniah Mr.pacat!!!

3.30am : beradu....

26 feb 2011 (sabtu)

pagi bersenam.... kemudian aktiviti jungle tracking


sempat lg berpose dlm utan...:))

lepas lunch...solat zuhur kemudian kami ada aktiviti larian berhalang....


taklimat diberi oleh en.hakim.


lihat kami...!!!
hasil dr aktiviti ni... kaki ain luke... dan mlm tu ain demam... :((

belah malam kami ada aktiviti mlm kebudayaan..
and group kami kene wat persembahan yang bertema kan gimrama...


penampilan istimewa... brother ngesot..!!!

selepas mlm kebudayaan kami ada 1 aktiviti... istimewa.. dimana laki jd pompuan and pompuan jd lelaki.. and then yg pondan kene pikat en.zam (pengiring) dan yg tomboy kne pikat akak fesi... ape2 pon sume mmg sporting.. and maaf gmbr x dpt dipost atas menghormati mereka yang terlibat... :))

lepas tu kami ada main perang2 plak.. perang pecahkan belon org lain...
walaupun kaki ku tercedera ku redah gak....


27 feb 2011 (ahad)

aktiviti terakhir adalah water confident... ain tak dpt join aktiviti ni coz kaki da mula bengkak... ain dapat tgk je la....



dan majlis ditutup dengan majlis penutup... group kami memenangi anugerah kumpulan paling kreatif... (kreatif ker??)

dan kami bertolak dr tanjung malim ke uitm tepat jam 5pm...



~team building yang tak akan dilupai~

blog ku bersawang~~~

Assalamualaikum..

da lama ain tak berblogging kan... maaf la sibuk sikit... lagi pon tak tau nak story pe... as my promise for next entry ain akan cite pengalaman team building kat tanjung malim... tapi entry kali ni ain nak cite la sket my life skrg kat UiTM Shah Alam....

ain yang baru transfer dr KBM ke Shah Alam... memang dapat rasekan kehidupan di cawangan sangat berbeza dengan di main campus... tiap2 hari ain kne menapak ke padang kawad untuk menaiki bas yang menuju ke menara.... menapak je x pe.. tapi ciap ada tangga ala-ala batu cave tu hah...!!! adoiii...!!! x pe la at least terbakar la gak lemak2 nih... kita bako.. kita bako...!!! he3...

life in campus sgt best.. lecturer yang baik semua... kawan2 yang baik.. alhamdulillah.... but sebagai manusia kita tak lari dari ujian-Nya... semoga seluruh ahli keluarga tenang dlm menghadapi ujian-Nya... amin....

p/s : wait for the next entry...~~~

Friday, January 21, 2011

Cara Melepaskan Geram yang pelik~~

salam,

blogger, ni ain nak story sket semalam selepas ada rasa geram dalam diri ni.. so ain pon berfikir2 la cara nak lepaskan geram.. ain tak nak marah2 orang lain.. tak nak buat muke coz ain tau orang lain pon ada masalah... so ain ambil keputusan untuk keluar berjalan2...kemana hala tuju tu belom tentu... jam 6.30pm aku keluar rumah menuju ke stesen komuter seri setia...

monolog : kenapa la aku ke sini...? orang ramai ni.. harini kan cuti thaipusam... adoi salah strategi plak.......

tapi kaki aku tetap terus melangkah....

ain : encik bagi saya tiket ke UKM satu....
encik : ok..

monolog : kenapa aku bli ke UKM... jauh plak tu,.. pe ada kat sana.. xpa2 bedal je....

tren pon sampai......

monolog : mak ai ramainye org....!! tak pe2 aku naik ladies couch... eh ni ape plak nih??? knp ada org laki nih... adoiiii baik x yah wat ladies couch cam ni........

tibe nye aku kat KL sentral untuk pertukaran tren ke arah seremban pula.. macam drama aku tgk... terutama kat platform 5 iaitu tren menghala ke klang..... orang ramai betol.. pastu diorg main serbu je x bg chan orang dari dalam tren tu nak kua.. menjering la orang yang nk kuar tu sebab tersepit..... macam2 bahasa dan perkataan yang aku dengar.... he3....

tibe plak tren menghala ke seremban tak tau kenapa jantung aku berdegup laju.... dup dap dup dap....

monolog : eh kenapa ni rase semacam je ni... xpe2 akan ku gunakan kepakaran yang ada....

tren berhenti.... pintu terbuka.... serbu.... ( mcm ni la cara2 terbaik yang ain dapat utk lepaskan geram he3 ) hehehehehe......

org lain pon marah2.... so ain pon diam je... sampai je kat UKM rase marah, geram sume da tak de... da hilang.. lega... so tak perlu la nak lepaskan kat orang lain... he3...


p/s : da lama tak kritik pasal perkhidmatan komuter kan... ??? he3

Thursday, January 20, 2011

nak lepas kan geram lagi...

assalamualaikum

tengok pada tajuk tu korang pon bakal tau ape yang ain akan cite..... hmmm da tentu la nak lepas kan geram... ye la kadang2 benda2 yang akan menyebabkan kita stress ni better kite luah kan nanti tak pasal2 kene penyakit depress pulak....

adalah seorang hamba Allah ni yang sedang dalam proses nak berhenti merokok... emosinya memang la sangat terganggu... we can understand... but ape yang wat kami geram tu dia tak makan ubat.. tak makan ikut time... mane la tak tertekan... pastu nak lepaskan kat orang.... kau ada problem dengan awek ko then nak marah2 aku pulak.... ni yang aku marah nih... this is the 2nd time pasal hal cintan cinton ko, ko nak libatkan aku..... awek ko yang cite kat aku adalah.. aku dengar....

ape yang wat ain geram....... mama cite yang ada 1 malam tu hari yang dia sakit pergi klinik... mama aku tanya dia sakit pe.... then mama ckp dgn biadapnya dia ckp sakit kat sini2 ( sambil menunjuk kepalanya) then dia masuk bilik hempas pintu.... apa la salah orang itu sampai nak marah2 macam tu?? where ur respect??? ko nak marah2 aku aku tak de hal lagi coz pe2 hal pon aku leh lawan balik... tapi aku bengang coz ko wat cam tu kat mak aku.... aku sendiri tak pernah wat... then ko nak wat cam tu plak....

ko yang cari penyakit.... kalau ada prob.. sharing so takde la rase terbeban... then dokte bagi ubat makan.. awak tu bukan super hero..!!! thats why aku kalau ada masalah aku lagi rela cari orang luar mintak tolong... masing2 ada je ragam nya....

ok la ain nak out.... nak tenangkan fikiran... keje aku yang banyak lagi ada insan tu cakap tak lari pon... ok t kalau aku fail... think u all know what the answer....

Friday, January 14, 2011

lepas geram

salam blogger...

hari ni ain nak share 1 cite... sori la ni bukan nak malu kan sesetengah pihak tapi disebab kan rase geram ain yang tak boleh nak diluahkan nih so tertulis la kat blog nih.....~~~

ini kisah seorang hamba yang digelar orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang....
sehingga dia mampu mengumpul hartanya sendiri dalam diam.... ain tak tahu nak mula dari mane tapi untuk mula2 ain mintak maaf sebab ain tak dapat nak diluahkan diluar... tapi kisah ini telah ain ubah suai supaya ia tidak la nmpk terlalu ketara mengata orang itu....

situasi pertama :

Tonak dan istri nya berkerja... gaji sebulan campur kedua2 ini menjadi lebih kurang rm5k... tonak ada 3 biji rumah... 1 bijik kereta yang sudah uzur...... tonak tak mahu membeli kereta baru malah jika dia mahu pergi bercuti dengan anak2nya yang masing2 sudah dewasa dia meminjam kereta adik nya.....

(hasil dari cerita Tonak... ain komen la kan... Tonak mampu beli kereta baru yang sesuai dengan saiz keluarganya yang semakin membesar... so jgn la nk ambil kesempatan nak susahkan adiknya yang baru nak mulakan life....)

situasi kedua :

Jiwo : anakku, kamu mahu pergi ke rumah nenda kamu ke???
anak Jiwo : mahu ayahanda, anakanda mahu bermalam disana selama sebulan ayahanda...
Jiwo : boleh, ayahanda membenarkan.......

dirumah nenda -
anak jiwo bermain permainan yang menggunakan elektrik tetapi ayah jiwo siket pon tak menyumbang sedikit wang selama anaknya bermlm disitu pada Jiwi kakaknya yang menanggung perbelanjaan rumah nenda....

(komen ain, bukan berkira tetapi, jgn la amek kesempatan pada kakak Jiwi... apalah salahnya bg rm30 pon jd la... sebab kakak Jiwi tu gajinya bukan mcm Jiwo malah dia nak menganggung ramai...)


ntah la ni antara la... tapi yang ain geram tu ain rase ain tak sampai hati nak tulis kat sini... apa yang ain nak cakap dia selalu komen & kritik apa yang kurang kat rumah nih, ain tak tahu la kenapa ain x leh terima kalau dia kritik cm tu.. tapi kalau orang lain ain leh terima.. mungkin sebab orang lain ain tau dia ada sumbangan kot... tapi dia tak ada... if u want something yang perfect just do by yourself.. jangan suka nak mengarah je... you the one yang nak jadi organizer so you should plan and manage all the thing bukan bagi arahan.. then orang lain jadi penaja you yang dapat nama.... you cakap ia sempena kesyukuran anak you yang cemerlang.. then buat betol2 majlis kesyukuran... bila u the person yang diberi penghormatan untuk berucap di majlis tu then u ckp cam tu how i want to respect u??? u are too much take for granted to other people around u.... u want everything FOC.. remember in this world nothing is free...

be thankful, ur mom really love u.. sampai nak marah pon tak pernah depan2... alih2 orang lain yang jd mangsa.. tapi bile nak mintak tlg sket je, hantar ke klinik pon u bg byk alasan bukan suruh u jaga kat rumah nih pon... agak nya la kalau mintak tlg dia stay kat rumah ni tgk2 kn mak dia sendiri ntah apa reaksi dia... stakat anta anak kat rumah nih dgn tujuan nak tgk2 kan mak dia.. mmg tak membantu,.. menghabiskan beras adala... hmm now i know what type of son u are..... remember what goes around come around...

watch out with your act...!!!


Saturday, January 1, 2011

jendela 2011

salam....

selamat tahun baru ain ucap kan.... ok.. untuk blog pertama untuk tahun 2011 nih.. ain nak ucap tahniah buat senior sekolah ain iaitu encik roni andika yang selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hari ni....

mase tgh lepak2 kat facebook tadi ain tertarik dengan status seorg member.. jam 1.11pm 01.01.11 cantik sangat kalau2 buat time nikah kan hehehe.. amboi gatai naa......

hari ni ain teman mama and adik2 ke megamall shopping baju skolah adik2... penat sangat balik2 je trus la bukak facebook skali ada terbace kak ain nye status yang mengatakan plakon faizal yusof meninggal dunia akibat serangan jantung... innalillah...

salam takziah buat faizal yusof sekeluarga.... ain antara peminat beliau.. before dia nikah dengan nana ain memang minat sangat dengan dia... huhu lakonan dia akan meninggalkan kesan... contoh nye lakonan dalam cite adamaya.. beliau yang memegang watak dali membuatkan ramai penonton yang bengang dengan watak dia... ini bermakna lakonan beliau berjaya sehingga dapat meninggalkan kesan pada mereka yang menonton cite tu.....

wahai rakyat malaysia saya menyeru supaya anda menjaga kesihatan anda... kerana zaman sekarang penyakit jantung tidak mengenal usia...


p/s : jom jogging sok pagi he3~~