Thursday, May 5, 2011

Aku, Dia & Kek Cawan part 1

"Nah.. aku tau kau sukakan ni.." Aliyah menghulurkan kek cawan yang sangat cantik hiasannya kepada Sarah.. Sarah hanya memerhati lalu terbeliak biji matanya...

"Apa pula?? kau perli ke apa?? jauhkan sikit benda alah tu.. nyampah aku." masam mencuka muka Sarah. Aliyah tersenyum melihat gelagat kawannya yang seorang ni. Alah betul si Sarah ni dengan kek cawan tak tahu la kenapa... Aliyah mengambil kek cawan lalu dinikmati tanpa pedulikan Sarah yang masih duduk menung disebelah. Sarah yang masih dalam kemarahan hanya mendiamkan diri. masih panas hatinya mengingatkan hal yang belaku dekat kedai buku sebentar tadi. Sarah merungut dalam hatinya. kalau lah aku ada pakwe macam tu, sumpah aku tinggalkan serta merta.. ada ke patut lelaki tu boleh meraba- raba awek dia kat tempat umum... ikutkan hati nak aje aku hempok laki tu...
tiba-tiba mata sarah tertumpu kepada sekumpulan lelaki berjalan masuk ke kedai kek cawan itu..

"Liya, kau tengok tu... menyampah aku.. lelaki makan kek cawan.." Sarah memberi tahu Aliyah sambil menunjuk2 ke arah sekumpulan lelaki yang sedang asyik memilih kek cawan.
"Biarlahkan diorang yang kau sakit kan kenapa?" Aliyah sendiri tak faham kenapalah dengan kawan dia hari ni, moody semacam je sejak dari kedai buku tadi...
"Kau ni kenapa Sarah? moody je aku tengok.. nak kata gaduh dengan pakwe.. kau tak ada pakwe.. cube cerita kat aku." Sarah membetulkan kedudukannya yang tadi mengadap pada arah sekumpulan lelaki tu kini mengada dengan Aliyah.
"entah la Liya, aku rasa bengang dengan seseorang."
"kau bengang dengan siapa? dengan aku ke?"
"Eh, bukan dengan kau. Tapi dengan lelaki."
"Sejak bila kau ada laki ni.?"
"Eh, eh bukan laki aku. tapi..."
"Tapi apa Sarah? cube terus terang. mana lah tau aku boleh tolong."
"Tadi masa kat kedai buku tu aku ada nampak satu couple ni diorang boleh pulak meraba-raba kat tempat awam. Geram sungguh aku." Aliyah ketawa.
"Apasal kau ketawakan aku Liya?" Sarah tau dia tak perlu sibuk hal orang lain tetapi baginya perbuatan pasangan itu tadi sangat melampau. Jika ada kanak-kanak yang ternampak perbuatan mereka kan tak elok.
"Sarah, sorry okay. Kau ni pasal tu je ke? Sarah, zaman sekarang ni orang da kurang beradap kau tau. nanti kalau ditegur kita balik yang kena.. so aku rase kau tak payah lah bebankan fikiran kau dengan hal-hal yang macam ni.. baik kau fikir hal lain yang lagi penting. okay?" Sarah hanya mengeluh mendengar kata-kata kawannya itu.. sememangnya Sarah senang jika Aliyah yang menegurnya berbanding orang lain. Jika orang lain dah pasti Sarah akan menjawab.
"Aliyah, aku nak ke tandas. kau tunggu okay." Sarah bingkas bangun menuju ke pintu masuk kedai kek itu. Dipintu, tiba-tiba...oopppsss...!!!


p/s : nantikan part 2.. sila beri komen tentang permulaan kisah ini supaya saya dapat memperbaiki karya saya.. terima kasih :))

:::: nama penaku ::::

kawan2...
ain tetibe rase nak berkarya..
mungkin nak mulakan dengan kecil-kecilan dulu kat sini....

nantikan karya pertama NOOR AIN FAIZAH yang bertajuk...

AKU, DIA & KEK CAWAN..

::: Tamat sudah :::

Setelah sekian lama....
menanti penghujungnya....
hari ini tamat la sudah sinetron KEJORA & BINTANG..
waduh.. waduh... kok kamu nengok sinetron???

penyakit ni datangnya dari nenek ain... huhu
tiap2 petang ni la aktivitinya menonton sinetron K&B...
penyakit ni terus menular kat mama ain plak....
then paklang pon turut melayan...
bahaya gak virus ni...
walaupon tak nengok dari mula...
tetap LAYAN......



Tengok cite ni sebenarnya banyak sangat yang tak logik...
kalau drama malaysia da lame kene kritik dengan media...
tak pon penonton sendiri yang boikot tak nak tengok...
tapi cite indon nih...
tak logik cam ne pon... kisah yang balik2 tu...
orang tetap tengok...
paling koman pon dok bebel2 depan tv...
"bodoh la dia ni...".. "yang dok situ nape"
macam2 lagi la...
pelik kan... adoh tapi tu la kenyataan nya...
watak2 cite ni ain nak komen sket... jom kite nengok....




Alyssa Soebandono
Ni pelakon utama a.k.a Kejora...
dalam cite ni dia ni asek menangis je yang dia tau...
sengal dia pon ada gak....
ntah aku tengok watak yang sangat lemah...
sket2 nangis.. tu je yang dia tau....
next...!!!


Baim Wong

haaa ni dia Heronya...
ensem x??
cina masuk islam...
watak nya sebagai Erlangga..
seorang lelaki yang bakal kene queen control...
mudah sangat ikut cakap JENET (watak jahat)..
pada awalnya erlangga ni seorang yang angkuh..
tapi lepas jumpe KEJORA trus lembik plak...
jom tengok ci JENET...


Eva Anindhita
Hahaha ini la JENET...
watak jahat...
ain suke tengok dia ni...
kalau mata dia macam nak terkeluar...
anyway she the good actress...
cantik kan dia...:))

ending cite yang tak best..
macam tergesa2 nak ending je,..
anyway no more K&B...
kita tunggu pasni penyakit pe plak...
:::SMILE:::

Wednesday, May 4, 2011

Dato' 'S' sedang buru saya...

Assalamualaikum,,,...

wah cube tengok topik hari ni??? Dato??? Buru??? wah...!!!! siapa tu...???
untung la kau ain, Dato' sedang buru ko... tapi kenapa ek?? dia suke kat kau ke???
untuk pengetahuan umum... Dato' S ni akan buru sesiapa je yang dia suke... mari ain memperkenalkan.....


Taadaaa...!!! Dato' Stress....
biasalah tengah2 final ni stress la nak study.. nak2 study kat umah plak... banyak tol dugaan yang ada...

huhuhu, hebat kan Stress ni ada yang positif dan ada yang negatif depend on how the people manage their stress... kenapa ain stress?? ala biasa la student stress study...hehehe let i explain.. (wah da macam wat presentation BEL plak... he3)

APA ITU STRESS???

stress akan terhasil apabila seseorang itu merasa keperluan melebihi keupayaan diri atau sumber yang ada pada dirinya... ia merangkumi TEKANAN, BEBANAN, KONFLIK, KELETIHAN, KETENGANGAN, PANIK, GEMURUH, ANXIETY, dan KEMURUNGAN....
wah... camne nak kawal stress ni bergantung la pada bagaimana individu itu menerima kemampuan dirinya dan orang lain... stress juga boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan... kenapa ain cakap macam ni.. mari kite tengok punca2 stress...

PUNCA....

  • PEKERJA : bagi mereka yang da masuk alam pekerjaan mesti tau stress2 yang ada dalam alam itu, especially yang berkerja dalam bidang service.. coz korang manage people... stress tau nak layan karenah manusia yang berbagai2 nih....... tak pon yang kerja hari2 jumpe top level manager... dapat yang ok takpe la... tapi dapat plak yang asek angin jew... nak2 plak company tengah problem... amek... kene baham je la ari2....di tambah lagi perasanya dengan gelagat rakan sekerja yang nak2 kaki mengumpat, mengate, lagi2... he3 dan yang seangkatan dengannya....
  • SUAMI?ISTERI : Alah 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri' (indahkan bahasa kita?) masalah rumahtangga hanya mereka yang sudah berumahtangga akan tau apa jenis masalah yang akan timbul... huhu dengan laki bini sendiri pon nak stress ka??? hurm... korang jangan cakap cam tu... kadang2 kita tak tau sejauh mana menerimaan isteri atau suami terhadap keluaga kita... tak pon menerimaan keluarga terhadap pasangan kita... perkara ini akan menjadi konflik.... sebagai contoh yang paling simple... bila 1 pasangan dikurniakan cahaya mata.. keluarga istri nak jaga... keluarga suami pon nak jaga... maka berlaku la konflik... he3 ada banyak lagi la...
  • PELAJAR : menjadi normal sebagai seorang pelajar mengalami stress. ingin memjadi yang terbaik untuk keluarga... atau nak maintain kan prestasi diri sendiri... dalam membuat tugasan pelajar itu mahukan markah yang tinggi.. akan menjadi lebih stress kalau time2 nak study tu macam2 dugaan, halangan dan gangguan yang datang.... atau pon seseorang yang mempunyai kelemahan dalam bidang hafal menghafal teori juga akan mengalami stress dimana da baca berpuluh2 kali pon still tak dapat nak ingat2.. especially "DEFINITION" he3...
stress ni ada dalam macam2 senario... masalah kewangan la... inginkan kehidupan yang sempurnakan... memiliki yang terbaik la.... nak kurus la,.. nak gemuk la... nak cantik la... nak tu nak ni;... senang cite lagi banyak demand lagi tinggi level stress korang, tu pon kalau korang memang tak tau nak kawal la kan....

individu2 diatas nih biasanya la akan melepaskan stress nya atau bahasa mudah lepas geram nya dengan cara mereka mari kita tengok biasanya camne mereka lepaskan geram (negative way):

LEPAS GERAM :
  • PEKERJA : bila da kene marah dengan bos, staff tu akan balik kat tempat duduk dia, then hentak2 barang2 tak pon wat muke.. yang kene marah dengan client pon sama kadang2 tu ciap perli2 lagi... (keluarkan kata2 yang manis, letak tangan dibahu dan pandang ke atas sehingga nampak putih mata) hahahahaha then kadang2 tu ada kawan2 yang prihatin kat korg dia baru nak tanya korang da kene sembur dengan korang... n korang ada menjadi moody 1 hari... tu pon kalau 1 hari je kene marah kalau berhari2.. maka berhari2 la korang moody he3...... paling tak elok bagi mereka yang da berumahtanggu membawa masalah atau melepaskan geram kat family korang, terutamanya anak.... cian dia tak bersalah pon...
  • SUAMI/ISTERI : paling kuat pon la, si suami atau isteri akan ungkit mengungkit antara 1 sama lain... family u cam ni la... family u cam tu la... dan adalah yang akan makan hati... tak elok tak elok.....
  • PELAJAR : huhu yang ni ada macam2 ragam he3... buat muka tu memang tak payah cakap la kan,,.. yang senyap tetibe je pon ada gak... paling biasa yang den tengok kalau pompuan la kan mereka marah2, tak pon menangis... takpon menjerit... he3 kalau lelaki tak tau la... diorg mungkin lebih suke diam jew.... (tol tak?)
Apa2 pon.. setiap individu tu pasti ada konflik... tekanan tipu la kalau tak de kan... nak2 zaman sekarang ni masalah kewangan la yang paling ketara kan... he3 tol tak?? tu bagi mereka yang berpendapatan serdehana la yang berpendapatan tinggi mungkin dia punya stress tu kurang sket la kat kewangan nih... tapi mungkin diorang ada masalahkan kat tempat lain seperti nak bayar cukai... he3 da kayo kan cukai pon mesti la byk kene byar... bagi yang islam jangan lupa menunaikan zakat pendapatan anda...

sebenarnya, semua stress ni ada cara nak atasinya.. 1st thing is, jangan panik... relax... istifar banyak( bg yang islam) setiap yang belaku pasti ada penyelesaiannya... gunakan akal yang dikurniakan dengan sebaik2nya.... apa pon kritikan apa pon dugaan yang datang jangan sesekali memandang dari sudut yang negatif... cube pandang dari sudut positif.. insya'allah ada hikmahnya dia sebalik ujian ALLAH SWT.....

CARA MENGATASI :

  • PEKERJA : kalau kene marah dengan bos atau client cubalah perbaiki apa yang kurang. anggap klitikan itu sebagai 1 suntikan semangat untuk menjadi pekerja yang cemerlang. kadang2 pengalaman kene marah tu pon penting gak untuk jadi yang terbaik... bila bos marah2 jangan sesekali wat muke... tenang je.. jawab setiap kata2 dengan baik dan sopan lama2 nanti bos tu lembut la... kuncinya adalah polite..atau pon berbudi bahasa atau bersopan santu.. gitu gak dengan client, mintak maaf mungkin dengan itu mereka yang tengah marah2 ni akan sejuk la sket ati diorang... kan....
  • SUAMI/ISTERI : usahlah diungkit kisah yang sudah berlalu... dalam menyelesaikan masalah kita tak harus pandang pada punca malah bersama2 memandang kepada penyelesaian.. kalau asek dok ungkit hal2 lepas memang tak akan mengubah apa2 pon sebab benda da belaku.. yang penting cuba perbaiki yang bakal atau belom belaku.... kalau da suami/isteri tu panas(pemarah) maka pasangan yang 1 lagi tu kene la menyejukannya... cuba dok bincang cari kata spakat... bagi kes yang melibat kan keluaga tu... kne la berbincang.. alah kalau hal nak rebut cucu ni... soh je mengandung lagi 1 hah... adilkan... huhu (suke2 ati je ain ni).. kalau tak dapat nak selesaikan cara baik gak... sila2la pergi kaunserling...
  • PELAJAR : haaaa... yang ni ada banyak cara... kuncinya mudah.. hang relax, sucikan mata hati insya'allah hang mudah la hafal... mencari kebekatan tu adalah sangat penting... doa dari ibu bapa... berdoa je tapi tak usaha pon tak leh gak kan... kene la berusaha... cari cara blaja yang effective terhadap diri masing... kalau la nak lepas geram skali pon jangan la sesekali hang dok hantam orang lain... p tidoq ka... layan cita korea ka.... beriadah ka... paling effective beribadah...tengah2 stress hang p amek wuduk... baca yassin insya'allah tenang la hati hangpa....nak mengejar ilmu kene la tempoh pelbagai ujian.. paling penting ingat nawaitu hangpa blajaq... bila ingat tujuan nya pasti hangpa bersungguh2 kan...
panjang tol entry ain kali ni... korang mampu ke bacenya... ape2 pon tangani lah stress anda dengan baik tanpa memudaratkan diri sendiri atau orang lain... Apa yang paling penting bukan bekerjasama tapi yang paling penting gunakan akal... ALLAH akan uji hambaNya kerana hambaNya mampu mengatasinya...dan dengan ujian dan dugaan itu akan mendekatkan diri kita kepada Nya... berkat kesabaran insya'allah ada kebahagiaan kelak... jangan sesekali pilih jalan mudah... fikir2kan la.... :))

p/s : ain tak nak dato' S = stress tapi nak tan sri 'S' = STUDY... he3

Tuesday, April 19, 2011

:: Berangan ::

salam,

korang pernah berangan.. he3 tipu la kalau tak pernah kan?? kn?? kn??? he3 ain ni salah sorang yang suke berangan nak2 sebelom tidoq,,... hmm berangan pasal apa ek...?? macam2 berangan nak kerja yang besa2, kreta besar.. ada umah sendiri... ada kehidupan yang sempurnalah orang kata... paling gemar berangan dapat BF artis,... hahaha paling tak logik bukan artis malaysia tapi artis Korea... hahahahaha macam maj jenin da... he3....

ok2 for girls out there korang mesti ada artis pujaan hati korang kan... kalau kat Malaysia ni antara jejaka idaman hati anak gadis nih antaranya....



Ni la dia antara2 jejaka idaman malaya... he3 sebenarnya ramai.. tapi ni yang ain minat la.... Asyraff muslim, aaron aziz, shamsul yusof, zizan raja lawak, adi putra, zul huzaimy dan bintang paling popular 2010 shaheizy sam.... huhu... terok kan ain ni... macam la leh dapat diorang nih.. adoiyai... da kata pon berangan kan.. memang tak dapat la... he3 da tau yang dalam negara poan tak dapat ain dengan berani nye melebarkan sayap angan2 ke luar negara.. tapi tak gi jauh pon dalam Asia jew.. he3... atau senang cite kat KOREA... he3...



taaadaaa.... hehehehe... hansem kan?? i like Chinese look.... pastu specky,... pastu soh senyum sket... adoi... boleh buat i cair tau... he3... da2 tu ain.. berangan lebih2 pon tak elok... pokchik tu nak letak mane..? mentang2 la dia da tak online kumain lagi ain skarang ye... he3...

tu my current boyfriend Muhammad Rizwan... u always in my heart.. he3... :)

p/s : korang pon mesti ada kan? kalau laki mesti minat kat lisa surihani kan??? he3.... anyway yang penting korang tau korang hidup didunia realiti... bukan fantasi... :))

"Ain, aku nak kawin. Jemput datang.."

salam,

to my friend Pai, sorry aku nak story pasal kawin lagi ye... he3... bulan mei je nanti ain ada 2 wedding invitation... huhu haishh.. da dewasa da ain ni, kad undangan walimatul'urus pon da atas nama sendiri... pada ahad lepas which is 17 april 2011 kawan baik ain - SHAHRIL.. melansungkan majlis kenduri kawinnya dengan pasangan nya FAZZ... alhamdulillah da bina masjid da akhirnya.... syukur...


kumain lebar lagi shah senyum.... :))

Shahril ni seorang yang "loyar buruk" kalau dia cakap 10, 1 pon lom tentu betol.. orangnya yang tak pernah serius.. suka berjenaka.. bergurau.. sehingga bila dia bagitau kat kawan2 yang dia nak kawin sume gelakkan dia.. he3 cian shah... termasuk la ain... ain bukan gelak malah ain cakap ain tak pecaya langsung... mane taknye kalau nampak pompuan cun suke dia menyakat.. sebab tu la ain tak percaya dia nak kawin.... sehingga 1 hari shah sanggup datang UiTM shah alam semata2 nak memberi kad undangan nya.... bila da dapat kad.. baru la ain percaya.. tapi tu pon rase cam khayalan jew.... bagus la shah kau da kawin serius sket lepas nih....

shah seorang kawan yang baik bagi ain... walaupon dia suke menyakat tapi dia tak pernah nak sentap2.... he3... malah kalau nak tengok dia serius senang jew... kita luahkan la masalah kita.. time tu nmpk la keseriusan dia memberi nasihat... yang wat ain terharu.. berita perkahwinan dia.. ain kawan pompuan dia yang paling awal dia bagitau... alhamdulillah... terima kasih shah... pesanan dia... "Ain, aku nak kau datang, kalau kau tak datang kau bukan kawan aku lagi." sampai camtu skali harapan dia...


tahniah..!

Akhir nya beliau telah jalan dulu untuk membina masjid... lepas nih shah da kurang la ko lepak dengan kite org... :)) anyway to shah and fazz.. TAHNIAH!!!. nanti aku kawen aku nak ko datang ye shah bawak anak2 he3... :))

p/s : 15 mei 2011 Hamiza Aziz (ebot) nye wedding kawan skolah menengah.. jom korang reramai turun.. and 29 mei 2011 Siti Nora Khisham (nora) kawan skolah rendah... insya'allah kalau tak de aral... :))


Saturday, April 16, 2011

wangian firdausi...

malam2 hujung minggu ni adalah mase yang sesuai lepak2 dengan keluarga sambil gelak ketawa and tengor drama.... he3

ain pon tak lepaskan peluang ni..(study ntah ke mana).. ain and mama tengok cite drama tv2 yang bertajuk "wangian firdausi" lakonan iqram and ana dahlia.... ia mengisahkan pasangan yang berkahwin muda iaitu mase mereka masih lagi menuntut diuniversiti lagi... si lelaki pelajar semester akhir manakala si perempuan pelajar semester pertama.... mereka meminta restu keluarga untuk berkahwin awal tetapi mendapat tentangan dari ibu perempuan itu... alasan mereka nak elak masiat... bapa perempuan pula mengatakan bahawa masiat boleh dielakkan jika dalam diri masing2 tau menjaga nama baik keluarga... akhirnya mak n ayah si perempuan kene akur dengan kehendak anak nya....
setelah berkahwin mereka dikurniakan cahaya mata... sepanjang mengandung si isteri mengidam pizza, dengan keadaan si suami yang masih berlum berkerja sememangnya tidak mampu... dugaan lebih besar apabila si isteri da bersalin.. kehendak nya semakin tinggi... nak itu nak ini... dipaksanya si suami mencari rezeki lebih untuk hidup senang... anak yang dihantar ke rumah babysitter asyik didera.... si isteri yang menangguhkan pengajian.. terus terbantut betapa kecewanya hati seorang ibu... demi kasih sayang terhadap isteri, si suami sanggup menjadi pengedar dadah untuk memberi dan menunaikan kehendak isteri....
akhirnya, anak yang didera pengasuh meninggal dan suami kene tangkap dan dihukum gantung mandatori...

taubat gak la tengok cite ni... apa yang penting before berumahtangga tak kita la suami atau isteri perlu la cukup ilmu... dapat kan dulu diploma/ijazah... ada betol juga kata bapa perempuan dalam cerita tu bahawa maksiat boleh dielakkan jika masing2 tau menjaga diri dan nama baik keluarga...
ape2 pun ain teringat kembali, ain hampir2 berkahwin... tahun lepas mak and ayah dia da datang minta kami dinikahkan sebab da lama sangat berkawan... tapi mama ain betol2 berkeras menolak.. ain merajok gak la.. tapi bila difikir2kan balik ada sebab mama buat macam tu.. bukan mama nak menjadi materialistik tetapi demi kepentingan dan mase depan anak gadis nya juga... tengok la ending cite tadi kerana terdesak mereka mengambil jalan mudah dengan mengedar dadah.... abis je tgk cite tu mama ciap cakap lagi... "tgk tu... blaja dulu.." he3 ok2 along blaja dulu...
kepada kawan2 ku nampak nya ain akan berkahwin lambat la lagi ye... :))

p/s : mesti kawan ku pai akan cakap cam ni... "cite pasal kawin lagi..." he3 betol tak pai..?? he3

Friday, April 15, 2011

anak kesayangan mak....

salam...

artikel kali ni ain tidak ada tujuan menujukan kepada specific org tetapi secara general sahaja... dengan tajuk kali ni... anak kesayangan ibu... huhu bukan ain yang da ada anak.. tapi kali ni atas pemerhatian yang ain tengok didunia secara am nya... setiap ibu mesti ada seorang anak yang paling dia sayang... kenapa ye?? kenapa perkara ni harus belaku??? ain tak cakap perkara ni tanpa fakta atau pon kajian....

menurut servey yang dibuat oleh netmums... 1 daripada 6 orang ibu mengaku bahawa mereka mempunyai anak kesayangan... dan survey juga dilakukan oleh pihak yang sama terhadap 1000 wanita hasilnya 16% wanita mengatakan bahawa mereka ada anak kesayangan....

sebelum itu, pemerhati dari Universiti Manchester's Faculty of life sciences juga menunjukkan bahawa setiap orang tua mesti memiliki anak favorite atau anak kesayangan dalam keluarga.

kenapa hal ini mesti belaku?? tidakkah bila ini belaku akan menjatuhkan moral anak2 yang lain.... bagaimana dengan perasaan yang lain?? hurm.... fikir2 kan la....

bagi yang bertuah menjadi anak kesayangan keluarga, anda memang sangat betuah.. tapi anda perlu ingat bahawa anda ada adik beradik yang lain yang perlu anda menjaga hatinya.... anak sulung jarang sekali nak dapat tahta anak kesayangan ni...

apakah faktor2 yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi anak kesayang kepada ibu bapa mereka...??

  • salah satu nya mungkin sebab anak itu adalah anak yang berjaya dalam keluarga, yang mengharumkan nama keluarga... yang dapat memberi kemewahan pada keluarga....
  • anak itu adalah anak yang nakal, yang memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa.....
  • anal itu baik tutur katanya... tak pernah melawan cakap...
dan ada banyak lagikan....

tapi kadang2 si ibu terlalu obvious sayangkan anak itu sehingga membawa kesan buruk pada institusi keluarga.... antaranya...

  • anak2 yang lain mula cemburu dan mencari kasih sayang dari orang lain.. cthnya bercouple....
  • kadang2 kesalahan anak kesayang si ibu kata "tak apa" tetapi jika anak yang lain kata "tak boleh" akan membuatkan anak2 yang lain fed up untuk berbuat baik...
  • mula cakap2 belakang, sindir menyindir... bermasam muka... hipokrit antara 1 sama lain...
  • hubungan semakin renggang antara adik beradik...dan mulalah sesi ungkit mengungkit...
  • dan akhirnya ada yang disayangi tetap disayangi dan dibela.. tetapi anak yang lain tetap begitu nasibnya.... maka belaku la pepecahan dalam keluarga...
kenapa semua ni perlu belaku?? yang makan hati akan terus makan hati... yang betuah akan terus betuah.... tetapi sebenarnya yang makan hati itu akan menjadi matang and yang betuah itu akan terus dimanjakan....

p/s : tidak semua orang yang mengalaminya... tetapi pada siapa yang mengalaminya pasti faham apa perasaannya.....

Friday, April 8, 2011

menantu idaman mertua

forum menantu idaman mertu yang di berikan oleh ahli penel seperti Dr. robiah K.Hamzah dan kak wardina safiah yang di anjurkan oleh JPK kolej mawar pada februari yang lalu.... maaf lambat ain nak share yang bloggers and silent reader sumer... coz ain jarang ada mase nak berblog skarang nih....

forum yang indah tajuknya "Menantu Idaman Mertua" sangat memberi banyak pendedahkan dan ilmu2 kepada mahasiswi tak lupa juga mahasiswa.... masih jelas diingatan ain kata2 Dr.Robiah "kaum hawa kalau dah berumahtangga anda akan rapat dengan mak mertua berbanding mak sendiri.. maka pandai2 la belajar amek hati mak mertua.." pesannya lagi "jangan sombong dengan ijazah yang anda ada tu... sebab ijazah anda tu tak kemana pon"... pesanan itu terus menyerap dalam diri setiap hadirin yang hadir pada malam itu...

dari forum ini ain dapat buat kesimpulan :

bila sudah berumahtangga terutama kaum hawa anda perlulah pandai ambil hati mak mertua anda tak kita la anda suka atau tidak... kerana apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin maka anda da bersedia menerima segala2nya tentang mak mertua juga ahli keluarga bakal suami....

Allah telah berjanji setiap yang hidup ada pasangan masing2... maka jangan terlalu taksub mengejar cinta (couple).. sebab apabila tiba masanya nanti anda akan jumpe pasangan anda...

wanita jangan sesekali cube menjadi imam kepada lelaki... cth nya jika lelaki itu tidak solat... maka dia berkata akan berubah dikemudian hari.. tak pon anda (kaum hawa) cube mengubahnya... maka lupakan sahaja... karena tiada siapa yang akan mengubah lelaki itu kecuali dirinya sendiri....

baru2 ni ain hadir kelas CTU... ustazah sempat berkongsi ilmunya pada kami.... pesanan nya...

kaum hawa paling mudah untuk ke syurga... dan paling ramai dineraka.... ustazah berkata kamu kaum hawa jangan sesekali meninggikan suara dengan suami... sebab bila anda tinggikan suara dengan suami anda semakin jauh dengan pintu syurga.... maka istri harus la taat pada suami..

tiba2 ain teringat satu drama kat tV 1.. ain pon tak ingat tajuk nya... tapi drama tu mengisahkan si suami yang bencikan istrinya kerana mereka berkahwin atas kehendak keluarga... ape saja yang si suami herdikkan pada si isteri... tapi si isteri tak pernah tinggikan suara... biar pon pedih perjalanan rumahtangganya... si isteri tetap bersabar...

hurm.... ain belom melalui alam berumahtangga.. and ain tak tau dugaan dan cabaran nya bagaimana.... baru2 ni ain ada singgah di rumah wan.. sempat la berbual2 dengan mak dia... ain senang dengan mak dia... tapi tu mungkin hubungan sebelum kami berumahtangga... ain berharap hubungan ain dengan keluarga wan terus baik tak kira la kami bersama atau tidak... sebelum dan juga selepas berkahwin.... byk lagi ilmu yang perlu ain pelajari...

maka ain mengambil keputusan untuk tidak bernikah dalam mase terdekat ni... ain nak kumpulkan ilmu dulu... ain takut tersilap mengambil keputusan... paling awal pon insya'allah 2 tahun lagi jika dipanjangkan umor...

p/s : bunga mawar indah sekali... tetapi ia penuh dengan duri... mereka yang berani sahaja yang akan dapat kelopaknya....

::: Demam :::

salam blogger...

ape kabar korang sume???
sehat???

kalau sehat alhamdulillah.... sebut pasal sehat ke tak ni... ain nak bagi tau korang sume yang ain tengah demam ni.... meh ain cte....

mase isnin (4 april 2011) ain da mula rase sakit tekak yang amat sangat... ain ingat biasa2 je almaklom la cuaca panas terik then pegi plak blasah air batu... so ain ingat tu la punca ain sakit tekak... masok ari selasa da mula tak sedap badan... tekak yang sakit smlm semakin bengkak... kelas kol 2 ain tak pegi coz memang da tak larat sangat... kelas kol4 baru ain pegi... tu pon lecturer da nampak ain batuk2... so ain pikir2 after kelas better pegi klinik uitm cek pe kene dengan ain ni.. and i really need medicine..
petang selasa dokte cek suhu ain = 37.8 darjah Celsius.. dokter ckp early fever... so dia da bekalkan ain ubat demam, antibiotik, ubat selsema, and ubat batok... mlm tu ain terlantak atas katil... demam kali ni sangat melemahkan badan... dalam pale otak time tu... "nak balik" tu je yang ain pikirkan... after kol12 malam ain da start bepeloh.. ain pon da pikir da nak sehat... ain pon tido la...
hari rabu tu plak,.. da sememangnya ain tak de kelas... tengah ari tu after lunch ain makan ubat ain lemah balik... then ain pon amek keputusan nak balik rumah... ain pon ke pusat kesihatan untuk dapatkan MC... kol 2.30pm ain gerak pegi pusat kesihatan uitm.. dalam kol 3.45pm ain baru dapat jumpe dokter... ain teros terang ckap nak MC and minta dia tambahkan ubat demam ain... alih2 dia cek ain nye suhu badan 38.7 darjah Celsius,... dokte pon berfikir2 lame gak... then dia tanye..
"ada kawan2 yang kene H1N1 kew?"
ah sudah ain jd suspek H1N1... dokter arahkan ain pergi ke wad rawatan sementara... disitu ain diarahkan baring dikatil no.4.. dalam hati (Apo diorg nak buek kek den ni haa...?) datang la satu akak nurse yang sedang mengandung...
"dik.. baring ye.. akak nak masukkan air... 2 botol tau.. then nak amek darah nak cek adik ni ada denggi atau H1N1 tak"
adoi yaii... ain da la tak bawak phone so tak tau nak leave msg kat siapa bg tau yang ain kene tahan... kol4pm ain terlantar sampai la kol7pm... pas da masuk air dokte bg MC utk hari rabu and khamis...
malam tu mama jemput ain balik umah... nek wan terkejut tengok keadaan ain yang sangat lemah... then until now ain still demam but ada tenaga coz ada selera makan... batuk n selsema kamin terok... adoi cam no la den nak present minggu depan ni haa....

p/s : so byk2 la minum air masak ek... bukan air batu sojuk...~~ Justify Full