Sunday, February 5, 2012

1st entry in 2012...

Salam,

memandangkan ini adlah my 1st entry in 2012... so ain nak story or share something....
apa2 pon ain nak ucap selamat menyambut maulidur rasul ke atas nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW... semoga umat islam didunia ini dapat mencontohi baginda...

yeah ain nak share some story just like giving an advise...

Pernah tak anda terfikir setiap yang kita lakukan ia akan memberi reflect pada diri kite... contohnya, jika baiklah kelakuan kita maka kita akan dibalas baik... jika buruklah kelakuan kita maka kita akan dibalas buruk... pernah tak dengar perpatah "what goes around, come around" atau "kehidupan kita seperti roda, kadangkala berada diatas dan kadangkala berada dibawah."

semua orang tau hakikat ini... tetapi setiapkali nak bertindak untuk membuat keputusan kite selalu tidak berfikir panjang... yang cerdik pandai pon ingat diorang da cukup pandai so diorang yakin dengan setiap tingkah laku mereka tanpa berfikir panjang... yang susah akan berfikir jalan pintas untuk menjadi senang... kadang2 ia tak berlaku melalui tingkah laku.. tetapi dengan mulut atau pon kata2... mulut inilah yang kadang2 memfitnah... mengumpat... membohong.. menyakitkan hati orang lain dan macam2 lagi....

Kawan2 niat ain baik... menulis disini untuk memberi nasihat... mungkin ain bukanlah orang yang layak menegur atau memberi nasihat.. tetapi demi Allah SWT, demi kebaikan ain memberi nasihat ini berdasarkan pemerhatian sekeliling.....kadang2 bile difikirkan macam tak masuk akal...

kawan2, terutama yang perempuan..... ain ingin berpesan especially bagi mereka yang mahu mendirikan rumahtangga atau sudah berumah tangga... jagalah hati ibu mertuamu seperti mana kamu menjaga hati ibumu sendiri... jangan sesekali melibatkan ibubapa kita dan ibubapa suami kita jika ada perselisihan faham antara kita dan suami kita... ingat aib suami, kita kene pelihara... hal rumahtangga tak perlu dicerita sana sini.... jika kamu ada masalah dengan suami, duduk bawa berbincang... jangan terus marahkan ibu mertua.... cube letak diri kita sebagai ibu mertua itu... kerana satu hari nanti kita juga akan sampai ketahap itu... apa perasaan kita jika menantu mengajukan soalan "MACAM MANA MAK DIDIK ANAK MAK..??" kecik hati orang tua tu.... bagus sangatkah kita dalam mendidik anak anda??? sempurnakah?? kawan2 ingat, Allah Maha Berkuasa.. satu hari nanti Dia akan beri kita rasa bagaimanakah perasaan kita ketika diajukan soalan macam tu... Ingat segala masalah ada penyelesaiannya jika kita menggunakan akal, insya'Allah dengan izinNya adalah penyelesaian... tetapi bukan begini...

Lagi satu sejak akhir2 ni...kalau diFacebook anak2 muda sekarang terlalu cepat untuk melontarkan kata2 yang tidak enak... mana budaya melayu kita yang penuh dengan kesopanan??? juz imagine ada 1 picture yang boleh di lihat umum kemudian di comment dengan caci maki... kata2 kesat yang melampau2... jaga bahasa anda kerana ramai yang memerhati... mungkin anda kata "ala lek la biasa la tu.." biasa kata anda??? Dalam islam juga ada menyatakan bahawa gunakan mulut kita untuk berzikir... bersuara jika perlu dan menggunakan bahasa yang baik2 ketika bertutur... biasa2 nih budaya barat tau tak... orang barat memang suke tengok orang islam terpesong... ini kerana mereka menerapkan sejarah yahudi dalam diri anak2 mereka supaya bermusuh dengan islam.. maka mereka perlu menjatuhkan islam... oleh itu macam2 cara yang mereka guna... kita islam tak suke sejarah2 ni... kan... kite tak suke apa yang dah berlaku.. yang kite tau the present... and tak fikir the future.... fikirlah baik2 tanpa melibatkan emosi....

kawan2 setakat ini sahaja dari ain.... maaf jika ada kata2 yang menyakitkan hati mana2 pihak.. niat ain baik untuk memberi teguran dan nasihat...

p/s : banyak2kanlah berselawat ke atas nabi...

2 comments:

Anonymous said...

Siapa kita untuk menilai orang? Saudari pun masih setahun jagung, saya fikir masih belum cukup ilmu menasihati orang. Adakalanya bila terlalu mendengar cerita setengah pihak, tidak baik menjatuhkan hukuman. Belum tiba masa untuk saudari berumahtangga, maka ilmu di dada masih dangkal..

Aienz said...

Assalamualaikum...
terima kasih kerana meninggalkan comment dan sudi membace blog saya yang tak seberapa....

terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ada menyinggung mana2 pihak terutamanya pihak anda....

saya tahu siapalah kita untuk menilai orang... dan saya tahu siapa diri saya untuk memberi nasihat terutamanya dalam hal rumahtangga... bak kata orang saya ni cakap je senang sbb saya tak laluinya....

terus terang saya katakan... saya tegur kerana ALLAH SWT... saya tak menjatuhkan hukuman apa2 pon... jika awak mengatakan saya menjatuhkan hukuman... ia pada siapa??? saya tak tujukan hal ini pada siapa2 pon... saya memberi 1 situasi agar orang tidak laku kan nya...

mungkin ada orang kat lua sana terasa dengan tulisan saya... tapi saya tak tujukan hal ini pada mereka atau mana2 pihak... ia terpulang pada mereka yang membaca... tapi niat saya baik dan perkara2 seperti ini menjadi peringatan buat diri saya sendiri...apa yang saya tulis tidak semestinya benda yang belaku depan mata saya... apa yang saya tulis tak semestinya apa yang saya DENGAR.. tetapi ia logik berlaku diatas muka bumi ini kan??

terima kasih atas teguran anda... saya sangat hargai... mungkin anda silap... saya bukan menasihat 'orang' tetapi PARA PEMBACA... maka saya tak tujukan hanya pada seorang tapi general...

tak salahkan nak menegur sesame manusia apa tah lagi sesame islam??? walaupon saya tahu saya masih belum cukup ilmu... tetapi orang yang da hidup lame pon belum tentu ilmu itu da cukup... kerana manusia tak sempurna.. maka tiada siapa pon ilmunya akan cukup...

maaf skali lagi...jika kata2 saya menyinggung anda...kini saya rasa saya anda yang menjatuhkan hukuman terhadap saya... kenalkah anda dengan saya?? tetapi saya hargi teguran anda... dan memandang ia dari sudut yang +ve...

wassalam....