Monday, December 12, 2011

kes kerja last minit

salam,

Juz nak share sumtin...
how do u feel when, people said that they don't like u??? and how do u feel when other people shouting and angry at u...???

think about it... juz for a moment...

kawan2 semua ni hanye la kritikan membina... kalau nak terus maju pandanglah semua ini dari sudut yang +ve... pensyarah ain pernah berpesan jika ada orang memberi kata2 negative cube pandang dari sudut +ve.. maka hasilnya juga insy'Allah +ve...

contoh :

A : Aku tak suke kaulah B....
B : (terpaku)

si B pon jangan la hanya diam je.. ask si A tu balik kenapa....

B : kenapa?? dari segi apa yang kau x suke??
A : Kau la, suke sangat tido lambat.... aku nak tido awal ni mengganggu je...
B : oh, sorry la.. aku try x ganggu ko...

kesimpulan...

si A jangan la harap sangat lepas da bagi tahu si B tu then si B akan berubah secara drastik... give his/her time ok.. benda kalau da jadi tabiat susah sket nak ubah...
si B pula, jangan la pandang kritikan itu dari sudut -ve... maka pandang la ia dari sudut +ve.. and cube jadi seorang yang bertimbang rasa... cube fikir jika B ditempat A apa yang B rase...

dan orang yang kene kritik ni slalunye dia akan cakap... "Alah macamlah dia tu bagus sangat nak kritik2 orang..." then mula la berlakunye pertengkaran... pergaduhan... bermasam muka...
be matured... orang tak akan cakap kalau kita tak buat silap... belajar menerima teguran nanti da berkerja macam teguran dan makian yang kite dapat...

dengan bos or manager kite nanti boleh ke kite ckap kat dia mcam tu?? tadah telinga la... kalau nak mencelah pon kne ada cara...
perangai manusia ni berbeza2 memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang.. dan da tentu ada yang suke kita n ada yang tak suke kite... kalau semua orang suke kite dunia ni aman la... tak de la macam sekarang nih....

kalau nak maki... maki je... but bia la ada cara dan adap nye... jangan plak maki melulu... biadap plak namanye... lepas da marah tu cube bertenang.. relax... insya'allah segala masalah ada penyelesaian... jangan panic... :))

p/s : bila da hujung2 semester ni banyak perbalahan yang berlaku sebab sume suke buat kerja last minute..... so bila da buat kerja last minute u all should dare u take the risk which is working under preasure... gud luck.. :))

Friday, December 9, 2011

renungan....

Kadang2 kite rase dia bukan untuk kite...
kadang2 kite rase dia memang untuk kite...
sudah berusaha sehingga tahap ini..
banyak dugaan yang melanda...
bila insan ketiga hadir...
memberi sesuatu permandangan yang berbeza..
memberi cahaya baru..
membuat kehidupan yang bersinar menjadi lebih indah...
apakah nasib orang yang masih setia disisi???

Kite mula menjadi hipokrit...
menjadi baik dihapadanya..
tanpa kite sedar ia akan melukakan hatinya..
oleh kerana cinta dan harapan baru kite alpa...
segala keburukan sisetia mula dipersoalkan..
hilang segala kebaikan nye...
hanya tahu mengkritik tanpa mencerminkan diri sendiri...
dan dia tetap terluka...

apabila cinta tiada lagi..
segala kata2 'redha' keluar..
ye memang mungkin ini bukan jodoh..
tapi perlukah berbohong??
jika tiada lagi rase cinta luahkan sahaja seperti ketika meluahkan rase cinta....
agar luka itu tidak begitu dalam...

pastikah ini keputusanya??
inikah cinta yang dicari??
melepaskan sisetia demi mengejar cinta yang belum tentu milik kita...??
renungkan lah...


p/s : jika benar DIA untuk kita, jauh mana kita lari.. jauh mana kita pergi.. kita tetap akan bersamanya nanti.. TAPI.. jika DIA bukan untuk kita... menjaga perhubungan macam mana skali pon... ia tetap tidak berhasil kerana DIA bukan milik kita.... ingatlah segala apa yang terjadi, ada HIKMAHnya... berfikir dari sudut positive INSYA'ALLAH.....

(-_-)

salam guys....

lama sangat tunggu ain update blog ek.. huhu maaflah ain tak ada mood nak taip blog atas sebab2 tertentu... nak2 pula ain busy gile... ain bukan macam orang lain yang mengutamakan blog nih.. (cewah.. :))_)

Bila ada waktu terluang sket ain akan layan variety show korea iaitu RUNNING MAN... fanatik giler la... da episode 71 da ain tgk... puas hati tak macam tengok drama pon... hahaha...

tibe malam ni ain layan ada 1 lagu ni... teringat plak la kat blog ain yang bersawang... so ain pon update la blog ain nih...

what happen in my life..?? hurm ntah la tak ada mood nak cite... memang macam2 yang berlaku.. macam2 orang yang kiter jumpe.. macam2 perangai & ragam... dan akhirnya ada juga penyelesaian... ALHAMDULILLAH.....

Study?? so far okay... juz now tinggal lagi dalam 2 minggu before final... so i must be ready for the war... so far ain dan kawan2 dah plan nak buat study group... untuk pengetahuan korang ain tak suke sebenarnya buat study group ni coz ain rase nanti tak blaja banyak berborak je... but now i want to try it and see the result then...

korang da tengok ombak rindu??? pada mereka yang ada bf mesti da tengok kan kan kan??? hehehe ain lom tengok lagi coz xde sape yang nak teman kan... but i really like the novel.. and ombak rindu is my fist novel that i read... (ni HALINA yang ajar)... novel ni memang best... the next novel that i waiting for making movie or drama is BICARA HATI... or ADAM & HAWA... these some of good line story....

p/s : Rindu nye kat reader sume just like OMBAK RINDU... :))

Saturday, October 22, 2011

::: 1 big family ::::


complete family...
alhamdulillah kenangan ini dapat dirakam ketika pagi syawal...
harap tahun2 mendatang kami dapat berkumpul lg...
luv my family a lot...

xoxo....

Tuesday, October 18, 2011

::: @fter 5 Month :::

Assalamualaikum....

Hai, lame korang tengok blog nih da bersawang kan???? cian korang especially bagi silent reader ain hehe (ada ke??)... Sorry sebab ain tak ada mood nak update blog.. coz tak tahu da nak tulis apa... but now ain rase ain nak aktif balik la.. (boleh tak??)


Life at Shah Alam, sedikit sebanyak agak busy la sket... but i really miss life masa diploma.... kalau nak sebut sorang2 nama kawan2 memang panjang la kan.... hehe anyway now at shah alam make my life a bit matured... Some time make me feel older... coz mostly the student is below than my age...but at the same time, make me feel younger.. hehehehe....

4 month semester breaks (may-sept), i just do part time job with agent company as brand ambassador on nestle product... just for weekend... the pay is such a little but i enjoy with the job coz i can make me confident to talk or speak english at public place...

ok... after da tahu ain buat ape time cuti now... now ain nak share yang ain sekarang sangat2 teruje dengan footballer malaysia especially pemain selangor.... hehehe kalau u all nak tahu siapa cari la pemain selangor berjersi no.8 hehe... terujeeee....!!!

ok la, akhir kata life ain sekarang ok2 je... ain bersyukur dengan kehidupan yang diberi... segala dugaan dan ujian ain harungi dengan tenang... alhamdulillah.... ain juga doakan kesejahteraan kawan2 ain.... :))

sekian (da mcm surat rasmi plak)

Saturday, May 28, 2011

Long time no see, long time no entry..

readers....

sorry coz i don't have mood to make new entry for this a few day or weeks...
this holiday i just stay at home with my grandmother, and i can't imagine how my 4 month's holiday will be going.
i cannot go for any part-time jobs and i need to stay at home to take care of my grandmom after my maid runaway a week before my holiday begin.
in the afternoon, i need to take care of my twin bro to get ready for going to school, then my day become boring.................
no activity....
i just playing games in FB...
then sleep.....
sleep...
sleep...
the effect is i don't have mood to continue writing my story "ADKC"...
a big of hugs and thank you for all your support..
and sorry again because make u all waiting...
miss u all....

XOXO...

p/s : i already watch NUR KASIH THE MOVIE.. such a beautiful love story.. :)) thumb up..!!

Wednesday, May 18, 2011

Aku, Dia & Kek Cawan part 3

Selesai solat subuh, Adam menyediakan sarapan untuk adik-adiknya, Haikal dan Johan. Adam sudah biasa menjaga adik-adiknya sejak kecil lagi masa mereka dikampung lagi apabila mak dan ayahnya awal pagi lagi sudah keluar menoreh di kebun getah. Adam lah yang bertanggingjawab menyediakan saparan pagi sebelum adik - adik nya ke sekolah. Sejak satu peristiwa hitam, Adam dan adik-adiknya pindah ke Kuala Lumpur. Adam tak akan lupa apa yang berlaku terhadap keluarganya yang menyebabkan mereka kehilanga tempat bergantung. Mujurlah ada Pak Lang, beliau menjaga Adam dan adik - adiknya dan memberi pendidikan yang sempurna, alhamdulillah.

"Haikal!!! Johan!!! cepat, nanti lambat...!!!" pekik Adam dari dapur. Haikal dan Johan bergegas turun dari tingkat atas ruang rumah dan menuju ke meja makan.
"Wah... sedapnya. Nasi goreng kampung. Rajin Along hari ni?" Puji Johan.
"Kau ni macam lah Along tak pernah buat nasi goreng pula." Celah Haikal.
"Biarlah, Angah sibuk kenapa? Angah tu bukan nak tolong Along buat sarapan."
"Eh, eh budak ni. macam la kau tu tolong Along."
Adam yang sedang membawa dulang air menuju ke meja makan hanya tersenyum melihat gelagat Adik - adiknya.
"Sudah. Korang nak melantak ke tak ni. Along nak cepat hari ni ada hal kat kedai."
"Ada orang baru ke Along?" tanya Haikal. Adam hanya mengangguk.
"Tapi pagi ni Along ada hal sikit nak diuruskan. pekerja baru tu belah petang baru datang."
"Hal apa Along?" Soal Johan pula.
"Adalah." Jawab Adam ringkas yang terus membuatkan suasana terus menjadi sepi. Entah kenapa Adam pada pagi tu lebih selesa mendiamkan diri. Adam rasa tak sedap hati sahaja.

Selesai bersarapan, masing - masing menuju ke destini masing - masing. Adam menghantar Johan ke sebuah Kolej swasta yang berhampiran. Johan adalah seorang pelajar dalam jurusan diploma reka fesyen. Manakala, Haikal yang menunggang motonya sendiri menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah sarjana pertama perbankan islam. Selesai menghantar Johan yang masih belum mempunyai lesen memandu, Adam menuju ke kedai pengantin yang terletak di Kelana Jaya. Butik itu adalah milik Mak Lang nya. Tetapi disebabkan Mak langnya kini lumpuh akibat kemalangan Adam adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan Hal-hal butik itu. Namun, Jawatan Adam masih kekal dengan Ketua Bahagian. Bukan Adam tidak pernah ditawarkan untuk mengambil alih perniagaan Mak Lang nya itu, tetapi Adam belum bersedia mahu memikul semua kerja itu.
Adam tiba di Butik Anjung Seri Pengantin. Adam yang tampak bergaya dengan mengenakan baju kemeja berwarna biru muda bertali leher, memberi senyuman pada dua orang pekerjanya sambil menuju ke bilik pengurusan di tingkat atas butik.

"Selamat Pagi Encik Adam." Ucap kedua-dua pekerjanya itu. Langkah Adam terhenti.
"Selamat pagi Kak Eton, Seri. Kak Eton dan Seri dah makan." soal Adam
"Sudah Encik Adam. Oh ya Encik Adam ada pekerja baru sedang menunggu Encik Adam." Kak Eton memberitahu Adam. Adam memerhatikan seorang gadis bertudung dan berbaju kurung berwarna hijau muda sedang asyik membaca majalah diruang tamu yang tidak jauh dari tempat Adam berdiri. Adam memerhatikan jam ditangannya.
"Baru pukul 9 Kak Eton. Dalam surat tu Kak Eton tulis pukul 2.30 petang kan?" Soal Adam lagi yang berasa pelik, memang sengaja Adam meminta pekerja baru itu datang sebelah petang sebab pagi ini Adam mahu selesaikan laporan bulan lepas yang harus disiapkan untuk Pak Langnya.
"Ya, Kak Eton taip pukul 2.30petang seperti yang Encik Adam suruh la. Tapi, ntah la, Kak Eton pun pelik juga." Jelas Kak Eton.
"Tak apalah. Kak Eton suruh dia ke bilik saya ya." Adam memberi arahan, lalu menuju ke biliknya, tempat dimana dia bertungkus lumus menyiapkan laporan - laporan butik.

Kak Eton membaritahu Sarah untuk ke bilik Encik Adam dan Sarah mengangguk lalu bingkas bangun menuju ke bilik yang diarahkan. Sarah sempat lagi memberi senyuman pada Kak Eton dan mengucapkan terima kasih. Sarah tiba didepan pintu bilik ketua bahagian. Sarah memerhatikan ada dua bilik disitu, satu tertera nama Puan Maryam binti Ahmad, Pengurus. Satu lagi, Adam Ariff bin Irfan, Ketua Bahagian. Sarah mengetuk pintu bilik Adam. Adam memberi arahan "masuk"

Penuh kesopanan Sarah melangkah masuk. Adam yang mencari - cari sesuatu di mejanya yang agak sedikit serabut, hanya memberi arahan supaya gadis itu duduk di kerusi dihadapannya. Sarah akur, dan agak sedikit pelik melihat lelaki dihadapannya yang kelam kabut seolah-olah mencari sesuatu. Suasana bisu, hanya mendengar bunyi Adam menyelak-nyelak kertas-kertas diatas mejanya. Adam yang sedar keadaan itu lalu menghubungi Kak Eton melalui interkom.

"Kak Eton, mana dokumen pekerja baru ni?" Adam masih belum menunpukan perhatian nya pada gadis dihadapannya. Sarah masih diam dan memerhatikan Adam.
"Ada di almari tepi Encik Adam kalau tak silap kak eton." Adam memerhati di almari disebelah kanannya.
"Ada-ada. terima kasih ya." Adam mencapai fail yang mengandungi data-data peribadi pekerja.
"Maafkan saya, sebab saya tak bersedia untuk pagi ni. Lagi pon dalam surat yang saya bagi pada...." Adam terhenti setelah melihat gadis dihadapan nya kini adalah orang yang memaki Johan pada tempoh hari. Adam melihat nama pada borang peribadi pekerja, tertera nama Sarah Izwani binti Shamsul.
"Tak apa Encik Adam, lagi pun memang silap saya, sebab tak perasan waktu pada surat Encik Adam." Adam terpaku, terpana dengan kelembutan Sarah. Ditenungnya Sarah, jauh berbeza dengan perwatakannya tempoh hari yang garang seperti singa. Adam cuba lagak seperti tidak pernah bertemu dengan Sarah.
"Macam inilah, saya bukan pemilik kedai ini. Pemilik kedai dan perniagaan ini, kini sedang cuti sakit. Buat masa ini saya yang menguruskan hal-hal pejabat seorang diri. Yang kat bawah tadi tu Kak Eton dan Seri mereka menguruskan hal-hal pelanggan dan rundingan perkahwinan. Jadi saya memerlukan seorang pembantu untuk membantu saya dalam hal-hal pejabat juga merangkap juru runding perkahwinan. maknanya, awak juga akan ada kerja luar jika ada event." Jelas Adam pada Sarah. Sarah mengangguk dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap Adam.
"Staff disini semuanya ada 8 orang, dua orang yang awak nampak kat bawah tadi. seorang office-boy. kerani ada dua orang. saya, dan dua orang pakar runding perkahwinan." Adam sedar perubahan wajah Sarah. Adam tersenyum lalu menyambung kembali ayatnya.
"Pagi ni awak nampak saya, dan dua orang kat bawah tu je kan? awak pelik, mana yang lain?" Teka Adam, dan Sarah mengangguk. Pandai betul Adam membaca fikiran Sarah.
"Yang office-boy tu tengah hari nanti baru la nampak muka dia, dia selalu tolong kak eton dan seri kat bawah. Yang kerani saya lagi dua orang tu agak nya pergi sarapan tak balik-balik lagi. dua orang pakar runding pula, tidak selalu ada kat sini. mereka ni ada jika diperlukan sahaja." Sarah mengangguk.
"Berkerja disini mudah, seperti yang dilalukan oleh pengurus perniagaan ni, Puan Maryam. Mahu keluar makan bila-bila pon boleh tetapi, kerja mesti dilakukan dengan jujur, cermat dan tepat pada masa yang diberi. Jadi saya jelaskan pada awak Sarah, jangan pelik jika ada staff yang masuk lambat sebab disini memang ada kelonggaran tetapi itu awak akan nampak jika tak ada event macam sekarang ni. Tapi tengok lah nanti bila tiba musim orang kahwin, memang tak balik rumah la diorang ni." Jelas Adam lagi yang panjang lebar. Sarah mengangguk tanda mengerti. Adam agak pelik dengan perwatak Sarah yang tidak banyak bercakap. Ah, mungkin disebabkan Sarah baru ditempat ini dan tempat yang bakal Sarah mencari rezeki. Adam membuat andaian.
"Ada soalan?" Tanya Adam.
"Encik Adam, saya nak tanya. Kalau saya kena bertugas diluar jika ada event, saya boleh claim duit pengangkutan tak?" Adam tersenyum.
"Awak pergi dengan saya. Jangan risau. Kalau saya tak ada awak boleh naik teksi. Nanti claim pada saya." Jawab Adam ringkas.
"Baiklah."
"Ada apa-apa lagi?"
"hm, tak ada."
"mari ikut saya." Adam bangun menuju ke pintu. Di luar bilik Adam sebelah kiri terdapat sebuah meja kosong. Di sebelah kanan, bilik Puan Maryam. Agak luas ruang pejabat ni cantik dengan hiasan yang bertemakan pengantin. Ala-ala berada di majlis perkahwinan pula.
"ini tempat awak. mungkin agak sunyi dan bosan sebab awak sorang kat sini. Lagi dua orang kerani tu duduk di sana. " Adam menujuk di sebalah kanan nya. Agak jauh untuk Sarah berkominikasi dengan mereka.
"Untuk minggu ni saya nak awak study pasal latar belakang perniagaan ni, servis-servis yang disediakan dan Jumaat ni saya nak awak ikut saya jumpa customer supaya awak tahu bagaimana kita berurusan dengan mereka. Jika ada masalah dengan servis awak boleh tanya kak Eton kat bawah. Jika masalah hal-hal pejabat boleh rujuk dengan salah seorang kerani itu atau tanya saya terus." Sarah mengangguk. Adam meletak beberapa buku dan fail diatas meja Sarah.
"Saya nak siapkan laporan bulan lepas dalam bilik. Saya tak mahu diganggu. Jika awak bosan awak boleh duduk dengan kak eton dan seri di bawah. Tetapi jangan lupa study okay?"
"baiklah Encik Adam. saya akan study."
"Baguslah kalau macam tu. i leave you here.okay?" Sarah mengangguk. Adam terus berlalu masuk ke bilik nya. Sarah duduk di tempatnya ditatapnya buku-buku dan fail-fail diatas mejanya.
"Aku macam pernah jumpa je Encik Adam tu. Tapi kat mana ye?? hurm.. dalam mimpi kot." Sarah bercakap seorang diri...

To be continue.....
"

Friday, May 6, 2011

Aku, dia & kek cawan Part 2

"hey..!! kau buta ke??? kau tak nampak aku nak masuk ke???" Marah sungguh Sarah, mana taknya kek yang memang dia tak suka kan tu sekarang hinggap pula kat baju nya. T-shirt light blue yang dipakai kini ada warna pink dari cream kek cawan salah seorang lelaki yang melanggarnya ketika mereka bertembung dipintu masuk kedai.

"Kak sorry kak saya betul-betul tak perasan."Jelas salah lelaki yang melanggarnya dengan nada yang lembut. Lelaki itu kelihatan sangat panik, rakannya yang lagi dua orang hanya melihat tetapi yang seorang dari dua orang tu memandang Sarah dengan muka yang sangat ketat.
"Yela kak maaf la adik saya tak perasan tadi." Jelas seorang lagi lelaki. Maka kini Sarah tahu yang mereka berdua tu dua beradik. tetapi yang lagi jelas lelaki yang ini tidak seperti yang melanggarnya. Lelaki ni ada ciri-ciri kelelakian... hurmmm...
"Apa kakak, kakak ni??? sejak bila aku kawin dengan abang kau??? tua sangat ke aku nih?? lain kali pandang jangan la nak asyik sangat bersuka-suka sampai tak nampak orang...!" Bebel Sarah sambil mengelap-ngelap baju yang terkena krim dengan tisu yang diberi oleh Aliyah sebentar tadi.
"Saya minta maaf ye..." mohon lelaki yang melanggarnya tadi.
"Dah la aku malas la layan korang. Lain laki pandang sikit." Sarah terus pergi menuju ke tandas. "Eh, Sarah tunggu...!" Aliyah turut mengikut Sarah.


Peristiwa petang tadi dikedai kek membuatkan Adam Ariff agak sedikit kecewa. Terlalu kasar gadis bertudung itu. tampak sekali pandang memang manis tapi bile dia dah tunjukkan taringnya seperti harimau kelaparan. kesian Adik bungsunya Johan Ariff yang diburu rasa serba salah. semasa dalam perjalanan balik tadi mereke bertiga terus hilang mood Johan yang terus jadi pendiam lepas kejadian itu agaknya malu dengan herdikan perempuan tadi membuatkan Haikal Ariff, Adik Adam yang seorang lagi terus membebel meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan perempuan itu yang terlalu sombong dan kasar. Haikal juga menegur Adam kerana tidak sebutir pun yang keluar dari mulut nya ketika adik bongsunya itu sedang dimarahi oleh orang yang tidak dikenali. Bagi Adam dia tidak suka buat kecoh terutama ditempat umum. cukup hanya menjadi pemerhati. Apa yang pasti, nama Sarah bermain diminda Adam. Adam cuba mengingat dia seperti pernah melihat Sarah tetapi dia tak pasti dimana.


Malam yang sangat indah, Sarah Izwani masih duduk terpaku dibirai katil. Ditenungnya sekeping gambar. Rindunya dia terhadap insan dalam gambar itu tiada siapa yang tahu. sudah hampir 8 tahun mereka berpisah. Gambar yang dirakam selepas Sarah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, Sarah memperoleh keputusan yang cemerlang hadir bersama ketika mengambil keputusan SPM adalah ibu tersayang, Abang Sarah, Saiful Izhar dan kawan baik abangnya Faizal, dimana usia mereka hanay beza dua tahun sahaja. Sarah yang menaruh hati pada Faizal sejak dia berusia 10 tahun lagi dan perasaan itu disimpan sendiri. Faizal menjadi sumber inspirasi kepada Sarah untuk berjaya seperti Faizal. Dua bulan selepas Sarah memperoleh keputusan SPM Faizal melanjutkan pelajarannya di Korea. Ketika itu Sarah adalah orang paling sedih, sebagai kenangan Faizal bersetuju dengan Sarah untuk bergambar bersama sebagai kenangan untuk disimpan oleh Sarah sepanjang ketiadaan Faizal di Malaysia. Sarah mengikut abang Saiful untuk menghantar abang Faizal ke lapangan terbang. Untuk kali pertama Sarah memberi hadiah pada Faizal dan sepucuk surat luahan hati Sarah yang mengatakan rasa cinta Sarah terhadap Faizal. Sarah menyuruh Faizal membaca sebaik sahaja tiba di Korea.

Sebulan selepas pemergian Faizal. Sarah menerima sepucuk surat yang membuatkan hati Sarah berbunga-bunga.

Assalamualaikum Adik Sarah.

Abang Faizal kat sini sihat sahaja. bagaimana dengan Sarah? Macam mana dengan pelajaran Sarah? Abang harap Sarah rajin-rajin belajar ya...
Abang sudah membawa surat Sarah. Abang tak sangka selama ni Sarah menyimpan perasaan kat Abang. Abang memang tak reti nak cakap soal cinta-cinta ni. tetapi apa yang abg boleh cakap, jika ada jodoh antara kita ia tak akan kemana kan?? Sarah jangan terlalu fikirkan hal-hal cinta ni. belajar dulu okay... abang sentiasa akan mendoakan kejayaan Sarah. Jaga diri dan juga mama sarah ya..

ikhlas,
FAIZAL

Surat ini membuatkan hati Sarah berbunga-bunga. dan sebab surat ini juga membuatkan Sarah tidak memandang mana-mana lelaki. baginya Faizal dia harus setia menyintai Faizal. Tetapi selepas menerima surat Faizal, Sarah sudah tidak mendengar khabar dari Faizal lagi sehinggalah kehari ini. Sarah akan tunggu Faizal itu yang sering dikatakan dalam hatinya.

"Sarah, ada surat untuk kau." Suara Aliyah dari luar biliknya menyedarkan Sarah dari lamunan silam. Sarah bangun menuju ke pintu. Sarah membuka pintu mendapatkan Aliyah.
"Ni surat kau." Aliyah menghulurkan surat kepada Sarah. Sarah menyambut dan mengucapkan terima kasih pada Aliyah dan kembali menutup pintu. Sarah membuka sampul surat itu dan membaca dengan penuh teliti.
"Ini surat..." Sarah terhenti untuk berkata-kata. lalu dia kembali keluar dari bilik mendapatkan Aliyah. Aliyah yang sedang menonton televisyen tersentak dengan kehadiran Sarah secara tiba-tiba.
"Liya...!!! Aku lulus temu duga..!" teriak Sarah..
"Temuduga yang mana satu ni.?"
"dekat kedai yang menguruskan perihal perkahwinan tu."
"huh..?? Sarah kau happy dengan kerja tu ke? aku ingat kau dapat jawatan setiausaha ke. pegawai kewangan ke... ye la sesuai dengan kelulusan kau yang ada ijazah pengurusan perniagaan. ini setakat pembantu kat wedding consultant tu buat apa."
"eh kau jangan pandang rendah tau Liya dengan kerja aku ni. Aku suka la kerja-kerja macam ni.."
"suka hati kau la.... asalkan kau tak menganggur lama-lama. penat aku bayar sewa ni sorang-sorang tau. Habis esok kau start kerja ke?"
"menurut surat ni aku kene jumpa dengan ketua bahagian iaitu En. Adam Ariff bin Irfan."
"Wah lelaki.. mesti good looking."
"Ah. ada-ada jela kau ni. Dah la aku nak tidor.,"

To Be Continue....

Thursday, May 5, 2011

Aku, Dia & Kek Cawan part 1

"Nah.. aku tau kau sukakan ni.." Aliyah menghulurkan kek cawan yang sangat cantik hiasannya kepada Sarah.. Sarah hanya memerhati lalu terbeliak biji matanya...

"Apa pula?? kau perli ke apa?? jauhkan sikit benda alah tu.. nyampah aku." masam mencuka muka Sarah. Aliyah tersenyum melihat gelagat kawannya yang seorang ni. Alah betul si Sarah ni dengan kek cawan tak tahu la kenapa... Aliyah mengambil kek cawan lalu dinikmati tanpa pedulikan Sarah yang masih duduk menung disebelah. Sarah yang masih dalam kemarahan hanya mendiamkan diri. masih panas hatinya mengingatkan hal yang belaku dekat kedai buku sebentar tadi. Sarah merungut dalam hatinya. kalau lah aku ada pakwe macam tu, sumpah aku tinggalkan serta merta.. ada ke patut lelaki tu boleh meraba- raba awek dia kat tempat umum... ikutkan hati nak aje aku hempok laki tu...
tiba-tiba mata sarah tertumpu kepada sekumpulan lelaki berjalan masuk ke kedai kek cawan itu..

"Liya, kau tengok tu... menyampah aku.. lelaki makan kek cawan.." Sarah memberi tahu Aliyah sambil menunjuk2 ke arah sekumpulan lelaki yang sedang asyik memilih kek cawan.
"Biarlahkan diorang yang kau sakit kan kenapa?" Aliyah sendiri tak faham kenapalah dengan kawan dia hari ni, moody semacam je sejak dari kedai buku tadi...
"Kau ni kenapa Sarah? moody je aku tengok.. nak kata gaduh dengan pakwe.. kau tak ada pakwe.. cube cerita kat aku." Sarah membetulkan kedudukannya yang tadi mengadap pada arah sekumpulan lelaki tu kini mengada dengan Aliyah.
"entah la Liya, aku rasa bengang dengan seseorang."
"kau bengang dengan siapa? dengan aku ke?"
"Eh, bukan dengan kau. Tapi dengan lelaki."
"Sejak bila kau ada laki ni.?"
"Eh, eh bukan laki aku. tapi..."
"Tapi apa Sarah? cube terus terang. mana lah tau aku boleh tolong."
"Tadi masa kat kedai buku tu aku ada nampak satu couple ni diorang boleh pulak meraba-raba kat tempat awam. Geram sungguh aku." Aliyah ketawa.
"Apasal kau ketawakan aku Liya?" Sarah tau dia tak perlu sibuk hal orang lain tetapi baginya perbuatan pasangan itu tadi sangat melampau. Jika ada kanak-kanak yang ternampak perbuatan mereka kan tak elok.
"Sarah, sorry okay. Kau ni pasal tu je ke? Sarah, zaman sekarang ni orang da kurang beradap kau tau. nanti kalau ditegur kita balik yang kena.. so aku rase kau tak payah lah bebankan fikiran kau dengan hal-hal yang macam ni.. baik kau fikir hal lain yang lagi penting. okay?" Sarah hanya mengeluh mendengar kata-kata kawannya itu.. sememangnya Sarah senang jika Aliyah yang menegurnya berbanding orang lain. Jika orang lain dah pasti Sarah akan menjawab.
"Aliyah, aku nak ke tandas. kau tunggu okay." Sarah bingkas bangun menuju ke pintu masuk kedai kek itu. Dipintu, tiba-tiba...oopppsss...!!!


p/s : nantikan part 2.. sila beri komen tentang permulaan kisah ini supaya saya dapat memperbaiki karya saya.. terima kasih :))

:::: nama penaku ::::

kawan2...
ain tetibe rase nak berkarya..
mungkin nak mulakan dengan kecil-kecilan dulu kat sini....

nantikan karya pertama NOOR AIN FAIZAH yang bertajuk...

AKU, DIA & KEK CAWAN..