Wednesday, May 18, 2011

Aku, Dia & Kek Cawan part 3

Selesai solat subuh, Adam menyediakan sarapan untuk adik-adiknya, Haikal dan Johan. Adam sudah biasa menjaga adik-adiknya sejak kecil lagi masa mereka dikampung lagi apabila mak dan ayahnya awal pagi lagi sudah keluar menoreh di kebun getah. Adam lah yang bertanggingjawab menyediakan saparan pagi sebelum adik - adik nya ke sekolah. Sejak satu peristiwa hitam, Adam dan adik-adiknya pindah ke Kuala Lumpur. Adam tak akan lupa apa yang berlaku terhadap keluarganya yang menyebabkan mereka kehilanga tempat bergantung. Mujurlah ada Pak Lang, beliau menjaga Adam dan adik - adiknya dan memberi pendidikan yang sempurna, alhamdulillah.

"Haikal!!! Johan!!! cepat, nanti lambat...!!!" pekik Adam dari dapur. Haikal dan Johan bergegas turun dari tingkat atas ruang rumah dan menuju ke meja makan.
"Wah... sedapnya. Nasi goreng kampung. Rajin Along hari ni?" Puji Johan.
"Kau ni macam lah Along tak pernah buat nasi goreng pula." Celah Haikal.
"Biarlah, Angah sibuk kenapa? Angah tu bukan nak tolong Along buat sarapan."
"Eh, eh budak ni. macam la kau tu tolong Along."
Adam yang sedang membawa dulang air menuju ke meja makan hanya tersenyum melihat gelagat Adik - adiknya.
"Sudah. Korang nak melantak ke tak ni. Along nak cepat hari ni ada hal kat kedai."
"Ada orang baru ke Along?" tanya Haikal. Adam hanya mengangguk.
"Tapi pagi ni Along ada hal sikit nak diuruskan. pekerja baru tu belah petang baru datang."
"Hal apa Along?" Soal Johan pula.
"Adalah." Jawab Adam ringkas yang terus membuatkan suasana terus menjadi sepi. Entah kenapa Adam pada pagi tu lebih selesa mendiamkan diri. Adam rasa tak sedap hati sahaja.

Selesai bersarapan, masing - masing menuju ke destini masing - masing. Adam menghantar Johan ke sebuah Kolej swasta yang berhampiran. Johan adalah seorang pelajar dalam jurusan diploma reka fesyen. Manakala, Haikal yang menunggang motonya sendiri menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang Ijazah sarjana pertama perbankan islam. Selesai menghantar Johan yang masih belum mempunyai lesen memandu, Adam menuju ke kedai pengantin yang terletak di Kelana Jaya. Butik itu adalah milik Mak Lang nya. Tetapi disebabkan Mak langnya kini lumpuh akibat kemalangan Adam adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan Hal-hal butik itu. Namun, Jawatan Adam masih kekal dengan Ketua Bahagian. Bukan Adam tidak pernah ditawarkan untuk mengambil alih perniagaan Mak Lang nya itu, tetapi Adam belum bersedia mahu memikul semua kerja itu.
Adam tiba di Butik Anjung Seri Pengantin. Adam yang tampak bergaya dengan mengenakan baju kemeja berwarna biru muda bertali leher, memberi senyuman pada dua orang pekerjanya sambil menuju ke bilik pengurusan di tingkat atas butik.

"Selamat Pagi Encik Adam." Ucap kedua-dua pekerjanya itu. Langkah Adam terhenti.
"Selamat pagi Kak Eton, Seri. Kak Eton dan Seri dah makan." soal Adam
"Sudah Encik Adam. Oh ya Encik Adam ada pekerja baru sedang menunggu Encik Adam." Kak Eton memberitahu Adam. Adam memerhatikan seorang gadis bertudung dan berbaju kurung berwarna hijau muda sedang asyik membaca majalah diruang tamu yang tidak jauh dari tempat Adam berdiri. Adam memerhatikan jam ditangannya.
"Baru pukul 9 Kak Eton. Dalam surat tu Kak Eton tulis pukul 2.30 petang kan?" Soal Adam lagi yang berasa pelik, memang sengaja Adam meminta pekerja baru itu datang sebelah petang sebab pagi ini Adam mahu selesaikan laporan bulan lepas yang harus disiapkan untuk Pak Langnya.
"Ya, Kak Eton taip pukul 2.30petang seperti yang Encik Adam suruh la. Tapi, ntah la, Kak Eton pun pelik juga." Jelas Kak Eton.
"Tak apalah. Kak Eton suruh dia ke bilik saya ya." Adam memberi arahan, lalu menuju ke biliknya, tempat dimana dia bertungkus lumus menyiapkan laporan - laporan butik.

Kak Eton membaritahu Sarah untuk ke bilik Encik Adam dan Sarah mengangguk lalu bingkas bangun menuju ke bilik yang diarahkan. Sarah sempat lagi memberi senyuman pada Kak Eton dan mengucapkan terima kasih. Sarah tiba didepan pintu bilik ketua bahagian. Sarah memerhatikan ada dua bilik disitu, satu tertera nama Puan Maryam binti Ahmad, Pengurus. Satu lagi, Adam Ariff bin Irfan, Ketua Bahagian. Sarah mengetuk pintu bilik Adam. Adam memberi arahan "masuk"

Penuh kesopanan Sarah melangkah masuk. Adam yang mencari - cari sesuatu di mejanya yang agak sedikit serabut, hanya memberi arahan supaya gadis itu duduk di kerusi dihadapannya. Sarah akur, dan agak sedikit pelik melihat lelaki dihadapannya yang kelam kabut seolah-olah mencari sesuatu. Suasana bisu, hanya mendengar bunyi Adam menyelak-nyelak kertas-kertas diatas mejanya. Adam yang sedar keadaan itu lalu menghubungi Kak Eton melalui interkom.

"Kak Eton, mana dokumen pekerja baru ni?" Adam masih belum menunpukan perhatian nya pada gadis dihadapannya. Sarah masih diam dan memerhatikan Adam.
"Ada di almari tepi Encik Adam kalau tak silap kak eton." Adam memerhati di almari disebelah kanannya.
"Ada-ada. terima kasih ya." Adam mencapai fail yang mengandungi data-data peribadi pekerja.
"Maafkan saya, sebab saya tak bersedia untuk pagi ni. Lagi pon dalam surat yang saya bagi pada...." Adam terhenti setelah melihat gadis dihadapan nya kini adalah orang yang memaki Johan pada tempoh hari. Adam melihat nama pada borang peribadi pekerja, tertera nama Sarah Izwani binti Shamsul.
"Tak apa Encik Adam, lagi pun memang silap saya, sebab tak perasan waktu pada surat Encik Adam." Adam terpaku, terpana dengan kelembutan Sarah. Ditenungnya Sarah, jauh berbeza dengan perwatakannya tempoh hari yang garang seperti singa. Adam cuba lagak seperti tidak pernah bertemu dengan Sarah.
"Macam inilah, saya bukan pemilik kedai ini. Pemilik kedai dan perniagaan ini, kini sedang cuti sakit. Buat masa ini saya yang menguruskan hal-hal pejabat seorang diri. Yang kat bawah tadi tu Kak Eton dan Seri mereka menguruskan hal-hal pelanggan dan rundingan perkahwinan. Jadi saya memerlukan seorang pembantu untuk membantu saya dalam hal-hal pejabat juga merangkap juru runding perkahwinan. maknanya, awak juga akan ada kerja luar jika ada event." Jelas Adam pada Sarah. Sarah mengangguk dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap Adam.
"Staff disini semuanya ada 8 orang, dua orang yang awak nampak kat bawah tadi. seorang office-boy. kerani ada dua orang. saya, dan dua orang pakar runding perkahwinan." Adam sedar perubahan wajah Sarah. Adam tersenyum lalu menyambung kembali ayatnya.
"Pagi ni awak nampak saya, dan dua orang kat bawah tu je kan? awak pelik, mana yang lain?" Teka Adam, dan Sarah mengangguk. Pandai betul Adam membaca fikiran Sarah.
"Yang office-boy tu tengah hari nanti baru la nampak muka dia, dia selalu tolong kak eton dan seri kat bawah. Yang kerani saya lagi dua orang tu agak nya pergi sarapan tak balik-balik lagi. dua orang pakar runding pula, tidak selalu ada kat sini. mereka ni ada jika diperlukan sahaja." Sarah mengangguk.
"Berkerja disini mudah, seperti yang dilalukan oleh pengurus perniagaan ni, Puan Maryam. Mahu keluar makan bila-bila pon boleh tetapi, kerja mesti dilakukan dengan jujur, cermat dan tepat pada masa yang diberi. Jadi saya jelaskan pada awak Sarah, jangan pelik jika ada staff yang masuk lambat sebab disini memang ada kelonggaran tetapi itu awak akan nampak jika tak ada event macam sekarang ni. Tapi tengok lah nanti bila tiba musim orang kahwin, memang tak balik rumah la diorang ni." Jelas Adam lagi yang panjang lebar. Sarah mengangguk tanda mengerti. Adam agak pelik dengan perwatak Sarah yang tidak banyak bercakap. Ah, mungkin disebabkan Sarah baru ditempat ini dan tempat yang bakal Sarah mencari rezeki. Adam membuat andaian.
"Ada soalan?" Tanya Adam.
"Encik Adam, saya nak tanya. Kalau saya kena bertugas diluar jika ada event, saya boleh claim duit pengangkutan tak?" Adam tersenyum.
"Awak pergi dengan saya. Jangan risau. Kalau saya tak ada awak boleh naik teksi. Nanti claim pada saya." Jawab Adam ringkas.
"Baiklah."
"Ada apa-apa lagi?"
"hm, tak ada."
"mari ikut saya." Adam bangun menuju ke pintu. Di luar bilik Adam sebelah kiri terdapat sebuah meja kosong. Di sebelah kanan, bilik Puan Maryam. Agak luas ruang pejabat ni cantik dengan hiasan yang bertemakan pengantin. Ala-ala berada di majlis perkahwinan pula.
"ini tempat awak. mungkin agak sunyi dan bosan sebab awak sorang kat sini. Lagi dua orang kerani tu duduk di sana. " Adam menujuk di sebalah kanan nya. Agak jauh untuk Sarah berkominikasi dengan mereka.
"Untuk minggu ni saya nak awak study pasal latar belakang perniagaan ni, servis-servis yang disediakan dan Jumaat ni saya nak awak ikut saya jumpa customer supaya awak tahu bagaimana kita berurusan dengan mereka. Jika ada masalah dengan servis awak boleh tanya kak Eton kat bawah. Jika masalah hal-hal pejabat boleh rujuk dengan salah seorang kerani itu atau tanya saya terus." Sarah mengangguk. Adam meletak beberapa buku dan fail diatas meja Sarah.
"Saya nak siapkan laporan bulan lepas dalam bilik. Saya tak mahu diganggu. Jika awak bosan awak boleh duduk dengan kak eton dan seri di bawah. Tetapi jangan lupa study okay?"
"baiklah Encik Adam. saya akan study."
"Baguslah kalau macam tu. i leave you here.okay?" Sarah mengangguk. Adam terus berlalu masuk ke bilik nya. Sarah duduk di tempatnya ditatapnya buku-buku dan fail-fail diatas mejanya.
"Aku macam pernah jumpa je Encik Adam tu. Tapi kat mana ye?? hurm.. dalam mimpi kot." Sarah bercakap seorang diri...

To be continue.....
"

No comments: