Saturday, September 12, 2009

AIS 360....E-commerce

Salam para pembaca...

Entry ni aku taip time offline... iaitu pada tarikh cun melecun 9 sept


Rasa waktu itu cepat sangat berlalu.. hari ini sahaja sudah 19 ramadhan.. tinggal lagi kurang dari 2 minggu untuk beraya.. Tapi aku tak terasa pun seperti syawal bakal tiba...nak dengar lagu raya pun tak bersemangat je.. Di sebabkan 1 paper je aku amek semester ni.. aku terasa sangat bosan duduk di rumah.. Berniaga??? Bulan puasa ni Ila tak mintak pun nak jual sandwish... aduh lagi pon mak aku cakap.. stop dulu la bulan puasa ni...

Ape yang menarik hari ni yang aku nak share kat semua kawan – kawan aku ialah petang tadi waktu roomate aku bru balik dari kelas mereka memberitahu bahawa lecturer E-commerce last semester(En.Zoolhelmi) ada blog and en.zool ada mention dalam blog dia yang dia selesa dengan batch kami....wah.. terharunye....

Untuk pengetahuan umum aku belajar dengan En.zool dah 2 kelas.. 1st, kelas Cost Acc 2 (MAF310) mase semester 5...mase mula – mula masuk kelas en.zool aku agak susah nak sesuaikan diri dengan cara en.zool mengajar sebab terlalu simple... Tapi dengan en.zool gak la aku belajar jadi seorang yang independent( maksudnya kalau nak lebih pandai atau mahir buat latihan sendiri).. Tiba final aku memang rasa tak yakin rase macam failed je...Alhamdulillah, dengan rasa tak sangka aku dapat result B+.. memang la tak ada apa nak dibanggakan tapi aku da dapat lebih yang dari apa yang aku harapkan... Apa – apa pun terima kasih en.zool...

For the 2nd, time en.zul mengajar aku untuk paper E-Commerce(AIS360) semasa semester akhir iaitu semester 6... Alhamdulillah, gembiranya rasa..Sepanjang berada di kelas en.zool memang tak ada tekanan... cool n relax je... Disebabkan subjek ni subjek teori.. so en.zool lagi banyak bercakap dan bagi banyak penerangan yang membuatkan aku lebih memahami & memudahkan aku mengingati pada setiap ape yang di terangkan.. Aku ingat lagi mase Test 1 aku study last minit(esok test, malam tu baru nak bace).. Aku baca sekali imbas sahaja yang lebih aku tawakal... Tak sangka aku adalah pelajar yang mendapat markah tertinggi didalam kelas... Dengan itu en.zool telah bagi aku hadiah cokelat snekers... huhu untuk pengetahuan umum itu kali pertama aku dapat hadiah disebabkan highers dalam kelas...Terima Kasih skali lagi en.zool...

Kepada en.zool serta guru – guru disekolah tadika, rendah dan menengah, tak lupa kepada semua pensyarah Fakulti perakaunan saya ingin mengucap ribuan terima kasih atas jasa cik, puan & tuan telah mengajar dengan penuh kesabaran dan mencurahkan ilmu kapada saya... saya sentiasa mendoakan kebahagiaan didunia & akhirat cik/tuan/puan sekalian.. Dan saya berharap agar cik/tuan/puan berkatilah segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya selama ini....

Amin....

No comments: