Friday, May 6, 2011

Aku, dia & kek cawan Part 2

"hey..!! kau buta ke??? kau tak nampak aku nak masuk ke???" Marah sungguh Sarah, mana taknya kek yang memang dia tak suka kan tu sekarang hinggap pula kat baju nya. T-shirt light blue yang dipakai kini ada warna pink dari cream kek cawan salah seorang lelaki yang melanggarnya ketika mereka bertembung dipintu masuk kedai.

"Kak sorry kak saya betul-betul tak perasan."Jelas salah lelaki yang melanggarnya dengan nada yang lembut. Lelaki itu kelihatan sangat panik, rakannya yang lagi dua orang hanya melihat tetapi yang seorang dari dua orang tu memandang Sarah dengan muka yang sangat ketat.
"Yela kak maaf la adik saya tak perasan tadi." Jelas seorang lagi lelaki. Maka kini Sarah tahu yang mereka berdua tu dua beradik. tetapi yang lagi jelas lelaki yang ini tidak seperti yang melanggarnya. Lelaki ni ada ciri-ciri kelelakian... hurmmm...
"Apa kakak, kakak ni??? sejak bila aku kawin dengan abang kau??? tua sangat ke aku nih?? lain kali pandang jangan la nak asyik sangat bersuka-suka sampai tak nampak orang...!" Bebel Sarah sambil mengelap-ngelap baju yang terkena krim dengan tisu yang diberi oleh Aliyah sebentar tadi.
"Saya minta maaf ye..." mohon lelaki yang melanggarnya tadi.
"Dah la aku malas la layan korang. Lain laki pandang sikit." Sarah terus pergi menuju ke tandas. "Eh, Sarah tunggu...!" Aliyah turut mengikut Sarah.


Peristiwa petang tadi dikedai kek membuatkan Adam Ariff agak sedikit kecewa. Terlalu kasar gadis bertudung itu. tampak sekali pandang memang manis tapi bile dia dah tunjukkan taringnya seperti harimau kelaparan. kesian Adik bungsunya Johan Ariff yang diburu rasa serba salah. semasa dalam perjalanan balik tadi mereke bertiga terus hilang mood Johan yang terus jadi pendiam lepas kejadian itu agaknya malu dengan herdikan perempuan tadi membuatkan Haikal Ariff, Adik Adam yang seorang lagi terus membebel meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan perempuan itu yang terlalu sombong dan kasar. Haikal juga menegur Adam kerana tidak sebutir pun yang keluar dari mulut nya ketika adik bongsunya itu sedang dimarahi oleh orang yang tidak dikenali. Bagi Adam dia tidak suka buat kecoh terutama ditempat umum. cukup hanya menjadi pemerhati. Apa yang pasti, nama Sarah bermain diminda Adam. Adam cuba mengingat dia seperti pernah melihat Sarah tetapi dia tak pasti dimana.


Malam yang sangat indah, Sarah Izwani masih duduk terpaku dibirai katil. Ditenungnya sekeping gambar. Rindunya dia terhadap insan dalam gambar itu tiada siapa yang tahu. sudah hampir 8 tahun mereka berpisah. Gambar yang dirakam selepas Sarah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, Sarah memperoleh keputusan yang cemerlang hadir bersama ketika mengambil keputusan SPM adalah ibu tersayang, Abang Sarah, Saiful Izhar dan kawan baik abangnya Faizal, dimana usia mereka hanay beza dua tahun sahaja. Sarah yang menaruh hati pada Faizal sejak dia berusia 10 tahun lagi dan perasaan itu disimpan sendiri. Faizal menjadi sumber inspirasi kepada Sarah untuk berjaya seperti Faizal. Dua bulan selepas Sarah memperoleh keputusan SPM Faizal melanjutkan pelajarannya di Korea. Ketika itu Sarah adalah orang paling sedih, sebagai kenangan Faizal bersetuju dengan Sarah untuk bergambar bersama sebagai kenangan untuk disimpan oleh Sarah sepanjang ketiadaan Faizal di Malaysia. Sarah mengikut abang Saiful untuk menghantar abang Faizal ke lapangan terbang. Untuk kali pertama Sarah memberi hadiah pada Faizal dan sepucuk surat luahan hati Sarah yang mengatakan rasa cinta Sarah terhadap Faizal. Sarah menyuruh Faizal membaca sebaik sahaja tiba di Korea.

Sebulan selepas pemergian Faizal. Sarah menerima sepucuk surat yang membuatkan hati Sarah berbunga-bunga.

Assalamualaikum Adik Sarah.

Abang Faizal kat sini sihat sahaja. bagaimana dengan Sarah? Macam mana dengan pelajaran Sarah? Abang harap Sarah rajin-rajin belajar ya...
Abang sudah membawa surat Sarah. Abang tak sangka selama ni Sarah menyimpan perasaan kat Abang. Abang memang tak reti nak cakap soal cinta-cinta ni. tetapi apa yang abg boleh cakap, jika ada jodoh antara kita ia tak akan kemana kan?? Sarah jangan terlalu fikirkan hal-hal cinta ni. belajar dulu okay... abang sentiasa akan mendoakan kejayaan Sarah. Jaga diri dan juga mama sarah ya..

ikhlas,
FAIZAL

Surat ini membuatkan hati Sarah berbunga-bunga. dan sebab surat ini juga membuatkan Sarah tidak memandang mana-mana lelaki. baginya Faizal dia harus setia menyintai Faizal. Tetapi selepas menerima surat Faizal, Sarah sudah tidak mendengar khabar dari Faizal lagi sehinggalah kehari ini. Sarah akan tunggu Faizal itu yang sering dikatakan dalam hatinya.

"Sarah, ada surat untuk kau." Suara Aliyah dari luar biliknya menyedarkan Sarah dari lamunan silam. Sarah bangun menuju ke pintu. Sarah membuka pintu mendapatkan Aliyah.
"Ni surat kau." Aliyah menghulurkan surat kepada Sarah. Sarah menyambut dan mengucapkan terima kasih pada Aliyah dan kembali menutup pintu. Sarah membuka sampul surat itu dan membaca dengan penuh teliti.
"Ini surat..." Sarah terhenti untuk berkata-kata. lalu dia kembali keluar dari bilik mendapatkan Aliyah. Aliyah yang sedang menonton televisyen tersentak dengan kehadiran Sarah secara tiba-tiba.
"Liya...!!! Aku lulus temu duga..!" teriak Sarah..
"Temuduga yang mana satu ni.?"
"dekat kedai yang menguruskan perihal perkahwinan tu."
"huh..?? Sarah kau happy dengan kerja tu ke? aku ingat kau dapat jawatan setiausaha ke. pegawai kewangan ke... ye la sesuai dengan kelulusan kau yang ada ijazah pengurusan perniagaan. ini setakat pembantu kat wedding consultant tu buat apa."
"eh kau jangan pandang rendah tau Liya dengan kerja aku ni. Aku suka la kerja-kerja macam ni.."
"suka hati kau la.... asalkan kau tak menganggur lama-lama. penat aku bayar sewa ni sorang-sorang tau. Habis esok kau start kerja ke?"
"menurut surat ni aku kene jumpa dengan ketua bahagian iaitu En. Adam Ariff bin Irfan."
"Wah lelaki.. mesti good looking."
"Ah. ada-ada jela kau ni. Dah la aku nak tidor.,"

To Be Continue....

2 comments:

nurmohd619 said...

okeh...ade improvement dari segi penyampaian berbanding part1...
keep this up...
nk tau perkembangan cite A.D.K.C....(=
nway, ade pmbetulan ejaan kali...sy se la...try check...

Aienz said...

ok2 thanks for da comment...
i try to improve it...
tq..:))